MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 18 Januari 2012

AKU HANYA SEKADAR BOLEH BERKARYA SAJA.....

BILA diingat-ingat zaman mula-mula aku berkarya dulu rasa macam tidak percaya saja. Begitu kuat minatku di bidang penulisan ini. Itu sebebenarnya sesuatu anugerah Allah.

Mula-mula berkarya dulu aku menulis pakai tangan saja. Bila beli mesin-taip barulah menulis dengan mesin-taip. Bertambah rajin aku. Aku tidak pernah merasa jemu dan bosan walaupun banyak juga karya-karya aku yang dibakul sampahkan.

Bila sudah berumur begini barulah aku insafi bahawa aku tidak semampu berbanding zaman muda-muda dulu. Sekarang aku sering ditekan rasa malas. Bila lama sangat mengadap coputer mata pula jadi kelabu.
(CERPEN PERTAMA YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN MALAYSIA 19.11.67)                                  
Walaupun telah sekian lama aku menulis; seperti yang selalu aku ungkapkan, karya-karyaku tidak begitu                                                    
baik walaupun memang aku pernah menang beberapa peraduan menulis cerpen, novel dan drama. Tetapi namaku tidaklah sehebat Azizi Hj Abdulllah. Aku hanya sekadar boleh berkarya saja.

Apa-apa pun aku teramatlah bersyukur kepada Nya. Dia yang menghidupkan aku, Dia yang memberi aku rezeki dan Dia yang menganugerahkan bakatku sebagai seorang penulis.

3 ulasan:

  1. Anakanda juga meminati arwahyarham Azizi Hj Abdullah. Walau bagaimanapun untuk ayahanda semoga terus berjuang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih anaknda...alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. Anakanda sentiasa menanti entri terbaru dari ayahanda.

    BalasPadam