MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 21 Mei 2011

BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA.....

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SEMAKIN SIHAT.

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin menunjukkan pemulihan menggalakkan selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin akibat jangkitan pada dada.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, perkembangan positif itu dapat dilihat setelah Dr. Mahathir diberi rawatan antibiotik secara intravena dan fisioterapi oleh doktor.

Katanya, walaupun masih batuk sedikit, bekas Perdana Menteri itu mampu mengambil makanan dengan baik dan berbual sambil ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

"Agak sukar untuk menjangka bila bekas Perdana Menteri itu boleh keluar dari IJN kerana ia bergantung kepada kebenaran doktor yang merawatnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

Pada 2 Oktober lalu, negarawan berusia 86 tahun itu pernah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia akibat jangkitan yang sama sewaktu berada di sana bagi menyampaikan ucapan pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

Dalam pada itu, Sufi menambah, doktor turut menasihatkan Dr. Mahathir berehat dan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga terdekat.

OSMAN DOL: HIDUUUUUUUUUP MAHATHIR......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan