MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 25 April 2011

SIASAT PUN BAGUS JUGA....UNTUK MENCARI KEBENARAN.

Raja Petra disiasat kerana beri maklumat palsu

2011/04/25

KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, ketika dihubungi hari ini berkata, pengendali portal "Malaysia Today" itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok, Thailand, dua hari lalu.

Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau adalah pengerusinya. Bakri berkata, pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan RPK selain keterangan daripada beberapa individu lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan indentiti individu lain yang telah dipanggil polis.

"Siapa yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita sekarang ini adalah untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra)," katanya.

Dalam temu bualnya dengan TV3 yang disiarkan pada 13 dan 14 April lalu, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri - BERNAMA.

Petikan dari Berita Harian - berita terkini.

Rabu, 13 April 2011

BIASALAH - ANWAR IBRAHIM AKAN MENAFIKANNYA - DIA MEMANG HEBAT....

Anwarkah dalam video lucah itu. Lu fikirlah sendiri. Lu bandingkan. Jangan buat fitnah. Siasatan yang teperinci amat perlu untuk memuaskan semua pihak. KACOOOOOOO....
Rakyat perlu mendapatkan penjelasan.

Isnin, 11 April 2011

ANWAR BERANG....KENAPA NAK BERANG? JAWABLAH BAIK-BAIK....

Anwar berang


Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

shofi.isa@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
KUCHING 10 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut.

Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.

“Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ katanya.

Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.

Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.

Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.

‘‘Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat,” katanya.

OSMAN DOL: Siapalah yang dapat menafikan akan kebesaran Allah SWT, yang benar tetap benar dan bersalah akan terserlah kesalahannya. Dulu saya sendiri meanggap Anwar dikhianati. Bermacam-macam helah kerajaan untuk menjatuhkan Anwar.

Mustahil berkali-kali Anwar dikhianati dengan kes yang sama. Kerajaan akan terfikir juga, sampai bilakah khianat yang serupa hendak dilakukan. Akhir rakyat tidak percaya juga. Padahal banyak cara-cara lain lagi boleh dilakukan. Kenapa perkara busuk itu juga mesti diketengahkan.

Ini menunjukkan aduan-aduan terhadap Anwar itu bukan khianat. Memang benar berlaku. Dan memang sahlah bahawa kejadian itu benar-benar berlaku.

Dulu Anwar kata satu kompirasi terhadap dirinya yang ditaja oleh kerajaan (Mahathir Muhammad). Kata Mahathi, saya perdana menteri, saya boleh pecat dia dari jadi timbalan perdana menteri tanpa mengaitkan kes liwat itu. Mungkin Mahathir berfikir biar rakyat tahu sebab musabab kenapa dia memecat timbalannya.

Sekarang dah muncul pula video lucah Anwar Ibrahim. Saya dah tonton 1minit 47 saat. Entahlah, kalau tersilap pemandangan saya. Tetapi jelas. Amat jelas bahawa orang yang memainkan peranan utama dalam video itu ialah semacam Anwar Ibrahim. Tetapi belum disahkan oleh paker.

Kasihan juga dengan Azizah bermati-matian mempertahankan suaminya. Semoga Allah SWT memberi gan jaran kepadanya. Insya-Allah.

Semuanya ketentuan Allah SWT yang tidak siapa dapat menafikannya.

Jumaat, 1 April 2011

SEMOGA AKAN TERDEDAHLAH MEREKA YG TERLIBAT....

KPN sahkan video seks tulen


01/04/2011 1:08pm

Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN

KUALA LUMPUR 1 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.

Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.

Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir – Utusan

Rabu, 30 Mac 2011

JANGAN TUNGGU SEHINGGA ALLAH SWT SENDIRI TUNJUKKAN BUKTINYA....

Video seks: Polis masih tunggu hasil analisis pakar

30/03/2011 8:17pm

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR 30 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu hasil laporan analisis pakar ke atas bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, buat masa ini, analisis terhadap bahan-bahan bukti itu sedang dijalankan oleh pihak pakar.

Pada masa yang sama, katanya, polis masih di peringkat mengumpul keterangan-keterangan untuk menyokong fakta yang ditemui bagi melengkapkan siasatan kes tersebut. – Utusan

Komen Osman Dol:
Dengan manusia kita boleh bohong. Kebolehan manusia ini amat terbatas. Tetapi kehendak Allah siapa yang dapat menghalangnya. Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Kalau Allah ingin menunjukkan buktinya pembohongan seseorang, siapa yang boleh kata tidak.

Mithalnya diberikan kita penyakit. Penyakit itu ada kaitan pula dengan penyakit sex. Nak lari ke mana kita. Allah itu Maha Berkuasa. Kemana nak surukkan muka kita.
Soalnya siapalah yang hendak mengaku berak ditepi jalan. Siapa yang hendak mengaku kesalahan masing-masing. Malu beb.
 
Serahkan kepada Allah untuk menentukannya....amin.

Isnin, 28 Mac 2011

BARANGKALI NALLA BOLEH MENJELASKAN SEGALA2NYA...

Nalla sedia jumpa pemimpin Pas



Oleh AZIZI MAJID

utusanjohor@utusan.com.my



JOHOR BAHRU 27 Mac – Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.



Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.



“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.



“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.



“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.



“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.



Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.



“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.



Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.



Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

"CERPEN TERBARU: PERBINCANGAN YANG BELUM SELESAI."

TERIMA KASIH UTUSAN MELAYU MINGGUAN MENYIARKAN CERPENKU HARI INI - 28.3.2011. ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH UTUSAN MELAYU MINGGUAN...

Ahad, 27 Mac 2011

TUAN GURU OH TUAN GURU - LU KENA FIKIR DALAM2 TUAN GURU....

DALAM NEGERI Nik Aziz patut malu dengan diri sendiri

KUALA TERENGGANU 26 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara.



Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu.



''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula.



''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu.



Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli.



''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat.



''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya.



Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa.



''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya.

OSMAN DOL: BERPAUT PADA DAHAN KUAT, BERTEDUH POKOK  YANG RENDANG, BEKAWAN BIARLAH DENGAN ORANG YANG BAIK IKHLAK....

Rabu, 23 Mac 2011

Video seks: Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau


23/03/2011 7:44pm


KUALA LUMPUR 23 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lepas.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

OSMAN DOL:  Sebagai bekas polis, saya rasa terhina tentang tuduhan Anwar Ibarahim itu. Sudah sepatutnya Hishammmuddin menyaman Anwar. Malu kita dibuatnya. Dia sengaja cakap begitu untuk melindungi keburukannya.

PENDEDAHAN YANG JUJUR DARI SEORANG INSAN YANG BERNAMA RAHIM THAMBY CHIK...

Rahim Thamby Chik akui terlibat dedah video seks


23/03/2011 5:42pm


KUALA LUMPUR 23 Mac - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini berkata, beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Rahim dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata, dua lagi individu itu adalah ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Beliau turut meminta supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu.

Jelaskan, huruf T dipendekkan bagi perkataan Trio. - Utusan

OSMAN DOL: Pada mulanya saya fikirkan yg menjadi dalang menyiarkan video itu adalah dari orang-orang Anwar sendiri kerana sengaja untuk memburuk-burukkan UMNO; saya sangka memang bukan Anwar yang terlibat dalam video sex itu. Dan bila Rahim Thamby Chik sendiri yang mendedahkan hal itu, tentunya video itu bukan orang-orang Anwar yang buat. Betul atau tidak betul  Anwar yang terlibat, baiklah pihak polis menyiasatnya dengan teliti.

Ahad, 20 Mac 2011

SAYA SOKONG ZAID IBRAHIM....

POLITIK Zaid tidak sokong isu liwat Anwar

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

rodelio.taucan@utusan.com.my

ZAID IBRAHIM
KOTA BHARU 19 Mac - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) tidak pernah memberi sokongan terhadap isu liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ketika beliau masih berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Malah tegasnya, ketika bersama UMNO dan menjadi Menteri Kabinet pada 1998, beliau mengetahui bahawa semua bukti yang ada pada pihak polis berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap Anwar pada tahun itu adalah benar dan tidak ada sebarang konspirasi yang berlaku seperti didakwa oleh pemimpin berkenaan.



Sehubungan itu katanya, segala komen yang pernah dikeluarkannya berhubung Anwar ketika masih di dalam PKR hanya mengenai beberapa kelemahan pihak pendakwaan pada tahun 1998 dan hukuman yang dikenakan, bukannya sokongan terhadap pemimpin itu.



"Masa saya dalam PKR setahun lebih memang saya ada buat komen dalam kes 1998 kerana ada aspek yang tidak memuaskan, misalnya laporan perubatan pengadu ketika itu tidak dikemukakan.



"Saya juga ada memberi ucapan di Ampang, Kuala Lumpur, kalau tidak silap bahawa hukuman penjara Anwar terlalu berat mengenai salah guna kuasa, tetapi tidak sekali pun saya pernah kata Anwar ini dikonspirasikan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.



Terdahulu, kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Zaid yang diiringi oleh beberapa penyokongnya hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.



Jelas beliau, laporan itu dibuat untuk menggesa polis menyiasat Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya.



"Tiga hari dulu Karpal buat ugutan terhadap saya. Saya buat kenyataan minggu lepas bahawa Anwar sepatutnya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yang menolongnya kalau tidak buat kerja itu.



"Lanjutan cadangan itu, Karpal kata saya lakukan kesalahan besar, cuba mempengaruhi mahkamah. Dia ugut saya, dia kata jangan main-main dalam air yang bergolak kerana akibatnya parah," jelas Zaid.

KOMEN OSMAN DOL: apa khabar tuan guru nik aziz.....bantulah polis agar anwar ibrahim serahkan dnanya untuk disiasat....

Jumaat, 18 Mac 2011

OMBAK & PANTAI - ANTOLOGI CERPEN DAN SAJAK BERSAMA.

OMBAK & PANTAI

OMBAK dan PANTAI (O&P) - Antologi Cerpen dan Sajak bersama hasil karya penulis-penulis terkenal Negeri Melaka. O&P diterbitkan oleh Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) tahun 2011.
Penulis-penulis yang turut sama menghasilkan karyanya sama ada berupa cerpen dan sajak. Mereka ialah:

1) Mokhtar Yassin (Sasterawan Negeri Melaka)
2) Razali Endun
3) A.Rani Embi
4) Aladin Mohamad
5) Syarifah Asiah Syed Mahazar
6) A.Razak Adam
7) Arbak Othman
8) Mahad A. Bakar
9) Othman Hashim
10) Ramly Abu
11)Salehuddin A. Rani
12)Haroun Kidam
13)Zuraine Mahadun
14)Saya sendiri - Osman Dol.
Mereka karyanya diterbitkan adalah ahli-ahli IPM dan hampir kesemuanya karya mereka pernah tersiar di merata akhbar dan majalah.