MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 26 Mac 2010

SELAMAT HARI POLIS YANG KE 203.

SELAMAT HARI POLIS ke 203. Alhamdulillah, saya juga mengucapkan taniah kepada seluruh warga POLIS DIRAJA MELAYSIA (PDRM) yang telah diberikan beberapa intensif sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang kita sayangi Dato' Seri Najib Tun Razak. Pemberian itu adalah suatu penghormatan kerajaan kepada PDRM yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini. TANIAH sekali lagi.

Walaupun saya sendiri telah meninggalkan PDRM lebih dari 10 tahun yang lalu, sayang dan cinta saya kepada PDRM tidak pernah hilang dan luput. Selama 34 tahun menaburkan khidmat dalam PDRM bukanlah satu masa yang pendik dan singkat. Sepanjang waktu itu sudah tentu berbagai-bagai pahit manis yang telah saya alami. Semua itu menjadi nostalgia dalam hidup ini yang pasti tidak akan saya lupakan sehinggalah ke akhir hayat.


Tentunya pengumuman YAB Perdana Menteri itu amat mengembirakan semua pegawai dan anggota-anggota PDRM. Pesara seperti saya pun turut gembira. Rakan saya yang masih berkhidmat seperti Che Azmi Bidin dan lain-lain tentulah akan dapat merasakan Rahmat dan NikmatNya itu. KAYALAH LU. Pak Osman tak ada apa-apa cuma tumpang bangga.

Pangkat cepat naik gaji pun besar, harap-harap khidmat yang akan kita berikan mestilah besar juga. Jangan main-main lagi. Elakan dari rasuah dan sebagainya.

Pak Osman dah berumur sekarang. Kalau Pak Osman kembali muda, pastilah kerjaya polis juga PakOsman cari. Saya cukup-cukup minat polis ini. Apa nak buat, polis sudah tidak mahu Pak Osman  lagi. Sudah tua.

Harap-harapkan kerajaan tidak lupakan orang-orang pencen ini. Naikkan sedikit pencen polis ini baik juga. Harap-harap Perdana Menteri mendengar rayuan Pak Osman ini.

1 ulasan:

  1. Salam Tuan Haji,

    Gaji tambah , pangkat tambah makanya beban pun bertambah juga. Kalau kata perkhidmatan polis tugasnya 24 jam sehari makanya terpaksa la kita bertungkus lumus 24 jam sehari tak boleh nak mengular lagi. Itulah realitinya Tuan Hj.

    Biasanya kalau yang berkhidmat dapat yang dah pencen pun merasa jugak. Doa2 tu dapat la sekali .

    Tq

    BalasPadam