RAZAK SEORANG NOVELIS RUPANYA
KETIKA Persatuan Penulis Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) hendak mengadakan WACANA SENI di Lubuk China, Melaka, saya telah diajak oleh saudara Razali Endun dan Cikgu Husin Embi untuk pergi ke beberapa buah sekolah menengah di sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah untuk mempelawa pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah yang dikunjungi itu untuk turut sama dalam majlis WACANA SENI itu.
IPM telah menjemput Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menyerikan majlis itu. Turut sama dalam majlis itu ialah Cikgu Arbak Othman dan Dr. Ghafar Ibrahim. Anatara acara yang diadakan selama 2 hari itu (11-12.7.09) ialah membaca puisi, teater dan lain-lain.
Semasa pergi ke sekolah-sekolah itu, saya telah bertemu dengan Sdra. Razak Adam. Pertama kali menemuinya saya memang tidak tahu dia adalah seorang penulis. Saya fikirkan dia hanya guru biasa saja. Pada agakan saya Razak baharu sahaja berumur dalam lingkungan tiga puluhan. Saya boleh buat anak kerana umur saya telahpun lewat 66 tahun. Pada hari Wacana Seni itu Razak ada turut hadir dengan beberapa orang muridnya.
Husin Embi dan Razali Endun juga mungkin tidak tahu Razak ini seorang penulis kerana tidak diperkenalkan dengan saya bahawa Razak ini seorang penulis. Saya tahu namanya hanya dari tanda nama yang dipakainya.
Saya tahu Razak ini seorang penulis ketika saya menghadiri hari diklamasi puisi di Taman Istana Budaya anjuran Persatuan Penulis Pernama Negeri Melaka pada 7.2.2010. Saya nampak A.Razak ini begitu sibuk. Mungkin dia AJK Pernama agaknya. Bila ada kesempatan saya pun bertanya dia. Cikgu ada tulis novelkah? tanya saya. Ada. katanya. Banyakahkah? tanya saya lagi. Adalah lima enam buah.
Ketika hendak balik saya singgah digerai jual buku. Saya pun beli sebuah novel remajanya yang bertajuk HANYA TUHAN YANG TAHU. Aku tahu dia novelis. Cara saya lain - saya suka mengetahui tentang diri seseorang. Razak mungkin belum mengenali orang tua yang sudah kabur penglihatannya ini.
Orang lama mungkin dapat ingat aku lagi. Beberapa tahun lalu seorang anak saya belajar di Sekolah Teknik Tengku Afzan Bentung telah pergi ke rumah seorang rakannya. Kebetulan anak saya itu membawa sebuah novel karangan saya bertajuk PENENTUAN. Ibu sahabat anak saya itu bertanya. Buku karangan ayah saya, Osman Dol. Ibu sahabatnya segera berkata: Osman Dol ini banyak tulis drama radio dulu, betul tak? Betul kata anak saya itu.
KENAPA MELAKA TIDAK TURUN HUJAN
Anak saya yang baharu balik dari Kuala Lumpur merasa hairan kerana Negeri Melaka sudah lama tidak disirami hujan. Kata anak saya, di Kuala Lumpur, khasnya di Bukit Jalil hari-hari hujan. Kenapa hah? Kasihan pada pokok-pokok. Sudah lama tidak dapat air. Bilalah nak turun hujan agaknya?....
POLITIK NEGARA
YB Zulkifli Nordin sudahpun dipecat dari PKR. Tindakan itu memang sudah dijangka oleh saya. Bila seseorang YB dipecat oleh pucuk pimpinannya, ini bererti YB Zul tidak penting bagi PKR. Saya berpendapat, apa yang diperjuangkan oleh Zulkifli Nordin itu memang benar. Tetapi apa boleh buat. Kalau dah tak boleh duduk sebumbung dengan PKR cari sajalah parti lain. Paskah atau UMNO. Yang penting kita jujur.
Sekian. Assalamualaikum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Tuan Hj,
BalasPadamCerita pasal drama radio , dulu2 masa tu masih sekolah lagi saya selalu mengikuti drama radio hasil nukilan Tn hj . Masa tu nama Osmal Dol ni memang terkenal dalam drama yang diterbitan diradio.
Tq
Assalamualaikum. Anakanda pohon ampun dan maaf andainya kelakuan anakanda mengguris perasaan ayahanda. Benar bahawa saya cuma mengenal hasil tulisannya sahaja tetapi orangnya maaf tidak dapat diingati wajahnya. Mungkin langkah menyertai persatuan penulis akan dapat membantu saya untuk lebih rapat lagi dengan khalayak penulis yang lain, insyaAllah.
BalasPadam