CANTIK betul bunyinya ungkapan BERKAWAN BIAR SERIBU BERCINTA BIAR SATU. Saya tidak pasti dari manakah terbitnya ungkapan ini. Siapakah yang mula-mula menyebutnya. Ada juga orang yang mengklasfikasikan ungkapan di atas sebagai pepatah atau peribahasa orang Melayu. Tidak kisahlah walaupun dari mana pun datangnya ungkapan itu (kalau sesiapa yang tahu dari mana asalnya ungkapan ini, tulislah dalam blog saya ini) tetapi yang pentingnya, ungkapan ini cantik, menarik dan boleh dihuraikan lebih panjang lagi.
Berkawan biar seribu....tepat. Kita harus mencari sebanyak-banyak kawan. Banyak baiknya kalau kita ramai kawan. Kenduri kendara kita, sakit pening kita malah kalah kita mati sekalipun, kawan-kawan kitalah yang akan mengunjungi kita dan membantu kita. Ini amat penting. Katakan kalau kita buat kenduri, tidak ada orang datang untuk membantu atau mera'ikan kenduri kita itu, apahal, masak sendiri dan makan sediri sahajalah nampaknya.
Untuk mendapat kawan yang ramai ini macam-macam cara boleh kita lakukan. Pergi ke Masjid atau Surau, bantu orang-orang lain atau jiran-jiran kita yang sedang membuat kenduri, pergi dalam aktiviti gotong-royong, ziarah orang sakit atau orang meninggal dunia dan macam-macam lagi. Dengan mengguna facebook pun kita boleh dapat banyak rakan.
Tetapi harus diingat. Memang benar berkawan ini boleh dengan sesiapa saja tanpa sekatan umur, agama, bangsa, keturunan, kaya atau miskin, bangsawan atau bukan bangsawan boleh berkawan. Tetapi harus hati-hati. Ada kawan yang baik budi dan ada juga kawan yang berduri. Kawan yang berduri inilah yang kita mesti ingat-ingat. Kawan-kawan semacam inilah yang akan mendorong kita menjadi tidak betul. Dialah yang menyeret kita menjadi mat rempit, bosia, dadah, rompak, samun dan seterusnya kawan-kawan hantu ini boleh membawa kita ke tali gantung seperti pengedar dadah yang berlebihan, kes bunuh, memiliki senjata api, bunuh kanak-kanak dan lain-lain.
Tetapi kenapa bercinta biarlah satu. Faham-faham sajalah. Kalau anda seorang yang handsome, kacak, jelita tentu sekali anda mempunyai ramai peminat. Pilihlah satu sebagai kekasih. Kalau semua itu menjadi kekasih kita, Allahuakbar, anda sendiri yang akan pening kepala. Renungkanlah.
Kata ulamak, cinta utama kita hanyalah kepada Allahb SWT, kemudian kepada RasulNya Muhammad SAW, selepas itu kepada ibu dan bapa kita dan selepas itu baharulah kepada kekasih kita. Kalau kekasih men jadi cinta utama, itulah yang boleh menyebabkan seseorang itu sanggup membunuh diri atau melakukan apa sahaja selepas putus cinta. Kalau Allah dan RasulNya cinta utama kita, Insya-Allah kita akan selamat. Selamat dunia dan akhirat.
Wallahhualam bissawab.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan