..........................................
1) BUDAK KAHWIN PAKSA DITEMUI
Kanak-kanak perempuan 11 tahun yang dikahwinkan dengan si tua 41 tahun TABLIGH di temui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong.
Ulasanku: Lelaki itu mesti dicari dan dituduh di mahkamah kes rogol. Bagaimanapun budak itu mesti dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dahulu. Mak bapak budak itupun mesti dituduh kerana kahwinkan anaknya yang belum cukup umur. KACAU...
2) MUSA HASAN NAFI LETAK JAWATAN
Kataku: Tan Seri Musa Hasan difitnah pula.oleh sebuah akhbar berbahasa Cina. Jawablah sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamudin amat tidak puas hati dengan kenyataan akhbar itu. Tunggulah tindakan dari kerajaan.
Benarkah Benjyanak kesayangan pelakon terkenal Azean Idrawaty ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah. Saya amat simpati dengan seniwati terkenal itu, dia baharu saja pulih dari sakit. Diharapkan semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.
(Azean,Benjy dan rakan-rakannya. Gambar dari Google imej)
Cerita beberapa YB yang melompat dari PKR ke Bebas memenuhi dada akhbar Mingguan Malaysia. Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada pemimpin parti itu, terutamanya pada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitulah, kalau dah marah semuanya yang tidak baik itu dikeluarkan. Tetapi jagan terlalu sangat. Siapa tahu, satu hari nanti kamu rujuk balik dengan PKR.
(YB Zulkifli Nordin, Datuk Zahrin. Mohsin dan Tan Tee Beng)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan