CATATAN yang saya buat dalam blog saya pada 11.3.2010 yang berkaitan bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah mendapat perhatian dari seorang pelawat blog saya. Pelawat ini memberikan komennya yang amat membina pada pendapat saya. Walaupun beliau tidak menyatakan nama dan alamatnya, tetapi teguran yang dibuat pada 20.3.10 dapat mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati ketika menulis di dalam akhbar-akhbar atau majalah-majalah berkaitan agama atau sebagainya dimasa-masa yang akan datang.
Tulisan yang saya paparkan dalam blog saya itu sebenarnya hanyalah suatu catatan sahaja. Walaupun sesiapa bebas membacanya tetapi adalah lebih baik seseorang pelawat itu meneliti dan mengkajinya terlebih dahulu untuk mendapat kepastian yang lebih meyakinkan. Dalam catatan itu saya tidaklah KETERLALUAN menekan pada sesuatu isu. Misalnya saya tidak menekankan bersalaman itu HARAM. Tidak boleh bersentuh dengan yang bukan mahram. Tidak begitu. Pelawat mempunyai ruang untuk memilih dan mengkajinya. Saya tidak terus membetul dan menyalahkan pada sesuatu isu itu.
Ustaz-ustaz yang mengajar kami itu sebenar berpandukan pada sesuatu kitab. Ada tempat rujukannya. Ada dibacakan dalilnya di hadapan murid-muridnya. Dia tidak boleh mengajar mengikut pendapat dan lojik dia sendiri. Mereka lebih mengeahui halal haramnya. Ada sandarannya. Cuma saya yang tidak mencatatkannya.
Sebenarnya telah banyak saya menulis di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tentang agama. Sejak muda sampai ke tua begini. Memang kita perlukan dalilnya dalam sesuatu hukum yang kita utarakan. Tetapi tulisan saya dalam blog ini lebih merupakan catatan sahaja. Kalau dalam akhbar atau majalah kita tulis tanpa dalil, jawabnya tulisan kita itu dibakul sampahkan. Seperti saya sebutkan tadi, kita kajilah dahulu tulisan itu kalau kita mahu mengamalkannya.
Dan saudara pelawat melahirkan rasa bimbangnya akan kemungkinan berlakunya jenayah akademik dengan tulisan tanpa sumber. Saya setuju pendapat itu. Tetapi tidaklah mungkin sehingga menjadi jenayah kalau kita sekadar memberikan pendapat dan pandangan. Kalau kita paksa orang suruh bersalam dan mengatakan HALAL walaupun bukan mahram kita, saya rasakan itu cuma keterlaluan sahaja. Kalau lebih dari itu sehingga boleh menerbitkan gejala yang tidak sihat, mungkinlah boleh diklasfikasikan sebagai jenayah.
Berdosa kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Janganlah sampai ke peringkat itu. Kita mesti bijak dan menyusun kata-kata kita agar boleh diterima oleh semua pihak.
Hanya sekian. Assalamualaikum WRT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan