MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 4 Mac 2010

NALA LABEL ANWAR JAGUH "PUTAR ALAM"

Petikan dari Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 3 Mac - Datuk S. Nallakarupan melabelkan bekas rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jaguh 'putar alam' yang telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga mereka tersasar daripada paksi kebenaran.

Beliau yang mendakwa kenal Anwar dari luar dan dalam menegaskan Ketua Pembangkang itu juga umpama ahli silap mata yang boleh mengadakan perkara yang tiada dan meniadakan apa yang ada.

Lantaran itu katanya, beliau langsung tidak pelik dengan dakwaan Anwar kononnya dia telah mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwatnya sewaktu menghadiri seminar di Qatar baru-baru ini.

"Dia akan membaca keadaan dan suasana untuk memahami peluang dan kelemahan sebelum merangka sesuatu pembohongan.

"Jika (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh diperdayakan Anwar dengan pelbagai personalitinya, apatah lagi rakyat biasa," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa telah mendapat sokongan daripada pemimpin antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Dakwa Anwar, antara yang memberi sokongan ialah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Sementara itu, Nallakarupan mendakwa dalam menjayakan sesuatu pembohongan, Anwar akan menukar personalitinya dengan pantas umpama bersalin pakaian.

Katanya, personaliti itu pula dipilih mengikut tahap kecetekan pemikiran penyokongnya.

"Dia cekap mencari peluang untuk memanipulasi ketamakan dan kelemahan orang lain, maka cocok sekali dia diberi gelaran jaguh 'putar alam' yang hebat," katanya.

Mengulas mengenai trend keluar parti di kalangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nallakarupan berkata ia menjadi petunjuk bahawa tembelang Anwar makin terdedah.

"Keupayaannya untuk memimpin semakin merudum, semua orang mula keluar dan yang tinggal akhirnya 3A (Anwar, Azmin dan Azizah' sahaja," katanya.

"Dulu masa saya tinggalkan PKR ramai yang persoal, sekarang tengoklah apa dah jadi?," katanya.
(GAMBAR-GAMBAR DIKUTIP DARI GOOGLE IMEJ)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan