MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 6 Mac 2010

ADA BUAYA DISEBALIK BATU - KATA TUAN GURU NIK AZIZ

Petikan dari Sinar Harian 6.3.10.
(TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT)
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dari Parti keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti seperti ada ‘buaya di sebalik batu’.

“Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya,” katanya semalam.

Beliau berkata, sebagai pemimpin mereka sepatutnya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pelbagai cara dan bukannya dengan cara mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Usulkan sahaja sidang tergempar. Ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati. Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumah tangga parti?,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin parti sepatutnya perlu berfikir dengan jujur dalam membuat penilaian sebelum mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Bukan sahaja pengundi mereka, kalau saya sendiri pun ditipu oleh wakil yang dipilih seperti ini, saya akan marah,” katanya.

Beliau berkata, secara logiknya, pemimpin yang melompat parti perlu meletakkan jawatan.

“Kembalikan saja mandat kepada rakyat. Bertanding di atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan beberapa pemimpin PKR yang bertindak keluar parti termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin PKR yang ada tidak mudah berputus asa kerana parti itu masih muda di dalam gelanggang politik tanah air.

“Hari ini, Pas sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.

APA KATA OSMAN DOL:

Ada orang cakap Tuan Guru Nik Aziz tak pandai main politik PUTAR ALAM. Kata orang, politik tuan guru ialah politik semata-mata kerana Allah. Entahlah - hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Cerita 16 Sept tidak jadi kenyataan. Sepatutnya Tuan Guru kena nasihatkan orang-orang BN supaya tidak lompat parti. Kerana lompat parti itu sikap yang tidak amanah. Hancurkan kepercayaan pengundi. Berdosa. Kelakarnya, keadaan menjadi sebaliknya. Orang-orang PR yang berduyun tinggalkan parti menjadi anggota bebas.
Tuan Guru Nik Aziz biasanya tidak buat dosa kering. Ulamak adalah pewaris nabi. Tuan Guru kena buktikan siapakah buaya yang menjadi dalang menyeret ADUN-ADUN, MP-MP dan ahli-ahli PR masuk kepada sesuatu parti. Saya kurang ilmu tuan guru. Menuduh tanpa bukti itu fitnah nama. Berdosa tuan guru. Sangka-sangka, agak-agak dan terka-terka ini bolehkah? Tak fitnah jugakah namanya?

Mahkamah pun dituduh tidak adil. Kalau keputusan mahkamah berpihak kepada pihaknya - baharulah mahkamah itu adil. Allahuakbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan