DALAM NEGERI
(DARI UTUSAN MALAYSIA)
Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 30 Mac – Belum reda kisah seorang bayi perempuan ditemui dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sini pada Sabtu lalu, timbul pula kisah seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh ibunya sejak seminggu lalu.
Nasib yang dialami bayi perempuan itu agak baik kerana dia ditinggalkan kepada seorang wanita di sebuah rumah di Jalan Tawas Baru, Taman Ehsan, Tasek dekat sini.
Ibu bayi itu menemui wanita tersebut minggu lalu meminta dia menjaga anaknya yang baru berusia beberapa hari.
Menurut jurucakap Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB), ibu bayi itu berjanji akan menjemput anaknya keesokan hari namun tidak berbuat demikian.
‘‘Selepas seminggu tidak datang mengambil bayi itu, wanita yang menerima bayi tersebut menyerahkannya kepada pihak hospital,’’ katanya di sini hari ini.
Bayi seberat 3.1 kilogram itu kini ditempatkan di HRPB sementara menunggu tindakan selanjutnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada 20 Mac lalu, bayi perempuan yang diberi nama Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di sini.
Beberapa hari selepas penemuan bayi itu, mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang lebih tragis, tangannya terputus digonggong seekor anjing berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang, Selangor.
Berikutan isu pembuangan bayi yang dilihat tiada kesudahannya, Utusan Malaysia menganjurkan kempen ‘Kami Prihatin’ bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan itu.
Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas ‘Harapan Tanpa Suara’.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman yang melawat Mahsya Kurnea di HRPB hari ini melahirkan rasa sedihnya dengan nasib bayi tersebut.
Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perkara tersebut, Hamidah turut meluangkan masa melawat bayi itu.
Menurut beliau, sekiranya ada di kalangan ibu bapa yang mempunyai masalah untuk menjaga anak mereka, beliau menyarankan supaya berhubung dengan mana-mana pihak untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Jangan begitu mudah meletakkan anaknya di mana sahaja. Sedih saya memikirkan nasib anak-anak yang dibuang ini. Tolonglah, jangan ada lagi kejadian seperti ini,” katanya
(PAK: BILALAH NAK HABISNYA PENYAKIT INI AGAKNYA)
Rabu, 31 Mac 2010
Isnin, 29 Mac 2010
PESTA BUKU CATAT SEJARAH
(NAJIB KETIKA MEMBUAT UMRAH)
KUALA LUMPUR 28 Mac - Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 menyaksikan dua sejarah penting terpahat dalam industri perbukuan negara.Kedua-dua catatan sejarah itu dilakar oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang muncul sebagai Perdana Menteri pertama mengunjungi PBAKL selepas 29 tahun penganjurannya.
Beliau juga muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang terlibat dalam majlis bacaan buku di negara ini.
Majlis bacaan buku itu berlangsung dalam suasana santai dan menarik perhatian lebih 100 pengunjung yang bersesak-sesak di gerai penganjur majlis iaitu Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Lebih menarik, buku yang dibaca pada majlis itu ialah hasil karya Perdana Menteri sendiri iaitu Menakhoda Zaman.
Pada majlis berkenaan, Najib membacakan 23 baris ayat dalam buku tulisannya yang dipetik daripada bab lima yang bertajuk Pertarungan Minda Masa Depan.
Pada ayat ke enam, peserta majlis itu menyertai bacaan bersama-sama Perdana Menteri sebelum diakhiri dengan baris ayat: "Menyingkir kelemahan, menyahut cabaran, menggerak perubahan, membina masa depan.''
Majlis berkenaan turut disertai oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar dan Pengarah Urusan ITNM, Mohd. Khair Ngadiron.
ITNM dalam kenyataan akhbarnya berkata, konsep majlis bacaan buku merupakan aktiviti intelektual yang menjadi amalan di kebanyakan negara Barat tetapi tidak pernah dilaksanakan dalam skala formal pada mana-mana acara di negara ini.
Justeru menurut ITNM, pihaknya mengambil inisiatif itu dengan harapan ia dapat menyuntik budaya baru yang menyumbang kepada semangat membaca di kalangan rakyat.
"Selari dengan itulah buku Menakhoda Zaman dipilih sebagai pengisian program ulung bacaan buku anjuran ITNM dan PNM ini kerana penulisnya adalah pemimpin tertinggi negara sekali gus menjadi model yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej mengamanahkan budaya membaca kepada rakyat.
"Jika seorang pemimpin dalam kapasiti waktunya yang amat terhad itu masih mahu dan masih boleh mencari waktu untuk menulis dan membaca, maka apa sangatlah kita sebagai rakyat di bawah kepimpinan beliau," menurut kenyataan itu.
Sejurus majlis bacaan buku berakhir, Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk melakukan tinjauan mesra di PBAKL.
Kehadiran beliau ternyata menarik perhatian ribuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman.
Najib juga tidak menghampakan beberapa pengunjung yang meminta beliau menurunkan autograf pada buku yang dibeli mereka walaupun difahamkan beliau masih belum sembuh sepenuhnya daripada demam.
(PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA - 29. 3. 2010)
(Seorang sahabat baik menelefon saya, katanya, kau sokong sangat kerajaan apa yang kau dapat? Tak dapat apa-apa, kata saya, dan saya bertanya balik, yang kau sokong pada pembakang sangat itu, apa yang kau dapat? Dia ketawa saja......Aku pun ketawa juga.....Kami bersahabat rapat walaupun fahaman politik berbeza).
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT, SAYANGILAH DIRI KITA....
(SEBUAH KERETA YANG TERSASAR DARI JALAN RAYA)
Pak Osman suka menasihatkan diri sendiri, anak-anak dan sesiapa saja. Pak Os bukan polis, bukan JPJ bukan orang-orang yang ada kuasa, Pak Os hanya orang biasa saja. Bacalah surat khabat lihat tv, kisah kemalangan jalan raya ini sentiasa dipaparkan. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang menemui ajal di jalanraya.
Sebenarnya banyak punca yang boleh menyebabkan kemalangan; cuai, mabuk, laju, mengantuk, berlumba dan macam-macam lagi. Pak Os fikir, manusia yang mati di jalan raya lebih ramai dari yang mati dalam peperangan.
Kempen jalan raya ini sentiasa sangat diingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya ini. Tapi nampaknya kurang berkesan. Sebab-sebab seperti yang Pak Os sebutkan tadi adalah punca berlakunya kemalangan.
Sepekara lagi bagi kita yang beragama Islam mungkin kerana lupa membaca Bismilah, atau doa-doa yang berkaitan dengan perjalanan. Masuk dalam kereta saja bacalah doa. Ini ajaran Islam kata ulamak. Banyak doa perjalanan yang boleh kita amalkan. Jangan lupa doa itu. Setidak-tidaknya baca Bismilah dan baca doa dalam bahasa Melayu saja.
Kalau kita mati, banyak orang yang menangis: suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, tunang, kekasih dan lain-lain. Mereka manangis kerana kematian anda. Mereka menangis kerana kecuaian anda. Allahuakbar.
Ahad, 28 Mac 2010
KERETA KEBAL ZIONIS CEROBOH GAZA
LUAR NEGARA
GAZA CITY 27 Mac - Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan sepanjang malam oleh kereta kebal Israel yang menceroboh Gaza selepas dua askar Yahudi dibunuh pejuang Palestin semalam.
Angka kematian dan kecederaan terburuk dalam keganasan di Gaza dalam tempoh 14 bulan lalu ini berlaku apabila kereta kebal Israel melepaskan bedilan, menurut pegawai perubatan Palestin.
Menurut saksi, serangan ke atas Genting Gaza oleh pasukan tentera darat Israel turut disokong dengan helikopter.
Kereta kebal tersebut memasuki bahagian Khan Yunis, Gaza untuk satu tempoh singkat sebelum kembali semula ke kawasan Israel.
Pencerobohan itu berlaku selepas satu pertempuran ganas semalam di sempadan antara Genting Gaza dengan Israel yang mengorbankan dua askar dan seorang pegawai Yahudi serta empat penduduk Palestin, lapor tentera Israel.
Pegawai Palestin bagaimanapun masih belum mengesahkan angka tersebut.
Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas yang memerintah Gaza mengaku bertanggungjawab membunuh dua askar rejim Zionis itu dalam pertempuran sengit di wilayah itu sejak berakhirnya Perang Gaza 2008-2009.
Briged Al-Quds, satu lagi sayap tentera pejuang Palestin, Jihad Islam turut melaporkan pertempuran dengan tentera Israel.
Sementara itu, tentera Yahudi melaporkan bahawa pejuang Palestin telah melancarkan serangan roket dari Genting Gaza ke Israel pagi tadi namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. - AFP
PAK OSMAN: Bersyukur kita kepada Allah kerana negara kita Malaysia aman damai. Bencana Allam pun boleh dikatakan .0002 peratus sahaja. Ini mungkin kerana cuaca panas, hujan, banjir sikit-sikit selain dari itu kes-kes kemalangan jalanraya, kerana itu saya rasakan MALAYSIA adalah negara paling aman di dunia. Lihatlah apa yang berlaku di Thailand sekarang ini, Palastin, Haiti dan lain-lain. Negara kita cukup aman.
Pandai-pandailah kitas pilih pemimpin, jangan pilih pemimpin yang tidak jujur, pembohong, kaki syaitan....Kerajaan yang ada sekarang, Alhamdulillah.
Sabtu, 27 Mac 2010
BAYI DIGONGGONG ANJING
INILAH MAYAT LELAKI YANG MALANG ITU, SEBELAH TANGANNYA TELAH DIGONGGONG ANJING.(SILA RUJUK TULISAN SAYA BERTARIKH 20.3.2010 BERTAJUK BAYI LUAR NIKAH BERHAK DILUNDUNGI -Berita Harian.)
Oleh ASSIM HASSAN
jenayah@utusan.com.my
(Berita dan gambar dipetik dari Utusan Online)
Bahagian sebelah tangan mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang, semalam.
KUALA LUMPUR 26 Mac - Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.
Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama.
Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.
Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.
Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.
Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.
Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.
Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.
Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.
Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.
Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.
Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.
Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.
Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.
Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.
"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.
Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
KATA PAK OSMAN DOL: Sampai bila cerita buang bayi ini hendak habis. Betulkah kata orang "SELAGI MANUSIA BERNAMA MANUSIA SELAGI ITU KEMUNGKARAN AKAN BERLAKU."
Tidak adil kalau kita hendak namakan manusia ini dengan nama yang lain kerana manusia-manusia yang curang itu hanya segelintir sahaja. Puncanya adalah disebabkan oleh pergaulan bebas. Mampukah kita cegah pergaulan bebas ini.
Tidak dapat di nafikan, dari pergaulan bebas itulah yang menerbit perzinaan. Tetapi perzinaan itu berlaku diluar jangkaan kita. Melainkan kalau dapat kita cegah pergaulan bebas itu.....
Marilah kita sama-sama menjadi rakyat yang perihatin. Sama-sama kita berdoa semoga menginsafkan manusia-manusia syaitan itu. Wallahualam.
Jumaat, 26 Mac 2010
SELAMAT HARI POLIS YANG KE 203.
SELAMAT HARI POLIS ke 203. Alhamdulillah, saya juga mengucapkan taniah kepada seluruh warga POLIS DIRAJA MELAYSIA (PDRM) yang telah diberikan beberapa intensif sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang kita sayangi Dato' Seri Najib Tun Razak. Pemberian itu adalah suatu penghormatan kerajaan kepada PDRM yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini. TANIAH sekali lagi.
Walaupun saya sendiri telah meninggalkan PDRM lebih dari 10 tahun yang lalu, sayang dan cinta saya kepada PDRM tidak pernah hilang dan luput. Selama 34 tahun menaburkan khidmat dalam PDRM bukanlah satu masa yang pendik dan singkat. Sepanjang waktu itu sudah tentu berbagai-bagai pahit manis yang telah saya alami. Semua itu menjadi nostalgia dalam hidup ini yang pasti tidak akan saya lupakan sehinggalah ke akhir hayat.
Tentunya pengumuman YAB Perdana Menteri itu amat mengembirakan semua pegawai dan anggota-anggota PDRM. Pesara seperti saya pun turut gembira. Rakan saya yang masih berkhidmat seperti Che Azmi Bidin dan lain-lain tentulah akan dapat merasakan Rahmat dan NikmatNya itu. KAYALAH LU. Pak Osman tak ada apa-apa cuma tumpang bangga.
Pangkat cepat naik gaji pun besar, harap-harap khidmat yang akan kita berikan mestilah besar juga. Jangan main-main lagi. Elakan dari rasuah dan sebagainya.
Pak Osman dah berumur sekarang. Kalau Pak Osman kembali muda, pastilah kerjaya polis juga PakOsman cari. Saya cukup-cukup minat polis ini. Apa nak buat, polis sudah tidak mahu Pak Osman lagi. Sudah tua.
Harap-harapkan kerajaan tidak lupakan orang-orang pencen ini. Naikkan sedikit pencen polis ini baik juga. Harap-harap Perdana Menteri mendengar rayuan Pak Osman ini.

Khamis, 25 Mac 2010
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, LINDUNGILAH AGAMA KAMI, NEGARA KAMI DAN RAKYAT KAMI DARI FITNAH-FITNAH YANG JAHAT....
YB ZULKIFLI NORDIN
Dengan pendedahan yang dibuat oleh YB Zaharain dan YB Zulkifli Nordin nampaknya fitnah ini makin menjadi-jadi. Buat fitnah macam makan roti canai di kedai mamak. Fitnah ini berdosa besar. Dosa memfitnah sama sahaja dengan dosa seorang pembunuh. Biasanya kita mendengar, kalau nak tahu jahat seseorang itu bertanyalah dengan musuhnya dan kalau hendak tahu baiknya, bertanyalah dengan sahabatnya. Dan apa yang terjadi ini, sahabat baik pula yang mendedahkan keburukan sahabatnya.
Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT selamatkan kita, negara kita dan agama kita dan seluruh rakyat di negara ini dari segala bencana.
Fitnah-fitnah ini terjadi semata-mata kerana gila kuasa. Tetapi mereka lupa. Mereka lupa bahawa kuasa yang mereka kejar itu amat kerdil sekali di sisi Allah SWT berbading Kuasa Allah. Allah Yang Maha Berkuasa. Allahlah yang menjadikan langit dan bumi ini. Allahlah yang menjadikan sekalian makhluk di muka bumi ini. Allah boleh menjahanamkan dengan sekelip mata orang yang terlalu gila kuasa seperti Firaun. Semuanya kuasa Allah.....
Kuasa manusia di muka dunia ini hanya sementara sahaja. Bila mati, habislah semua kuasa itu. Janganlah kerna kuasa kita sanggup menuduh dan memfitnah orang lain.
Tidak takutkah mereka kepada Allah? Bertaubatlah segera yang saudara-saudaraku yang beragama Islam....
Rabu, 24 Mac 2010
BENARKAH DR. SULAIMAN DAUD BERASAL DARI DURIAN TUNGGAL, MELAKA?
Allahyarham Dr. Sulaiman Daud yang meninggal dunia dua hari yang lalu dan bekas Menteri Pendidikan Malaysia dikatakan berasal dari Kampung Durian Tunggal, Melaka. Benarkah cerita ini? Pelik bin ajaib. Tak masuk akal.
Hal ini diceritakan oleh seorang guru, Allahyarham Cikgu Shariff bin Md. Dom. Cikgu memang suka mengumpul sejarah. Dia gemar mencatetkan keturunan orang-orang Durian Tunggal. Selalunya apa yang disebut dan dikaitkan memang ada kenenarannya.
Misalnya Allahyarham menyatakan Toh Puan Asmah Alang, Allahyarham, isteri kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, katanya ada kaitan dengan orang Durian Tunggal. Bila dikasji selidik, rupanya betul.
Allahyarham Cikgu Shariff bagitahu, kalau tidak silap saya, datuk Dr. Sulaiman ini berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan membina penghidupan di Serawak. Khabarnya dia seorang Majestret di Serawak pada zaman penjajah Inggeris dahulu.
Betulkah ini?
Keturunan Dr. Sulaiman Daud dikaitkan dengan seorang ulamak terkenal Negeri Melaka yang berasal dari Durian Tunggal. Ulamak itu ialah Allahyarham Tuan Haji Abdullah bin Sahabudin. Mungkinkah Sahabudin ini adik beradik dengan datuk Dr. Sulaiman itu? Wallahualam.
Perkara ini tidak penting sangat, tapi saja saya hendak masukkan dalam blog saya ini sebagai ingatan. Namun begitu, kalau ada sesiapa yang mengetahui sejarah ini, bolehlah kita kongsikan bersama.
Selasa, 23 Mac 2010
BAYI MALANG MENJADI ANAK ANGKAT EXCO PERAK
(Berita dari Utusan Malaysia online)
IPOH 22 Mac - Tersentuh dengan nasib bayi malang yang dibuang di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu kelmarin telah mendorong Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman mengambilnya sebagai anak angkat.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri itu turut memberikan nama Mahsya Kurnea yang bermaksud kurniaan hebat kepada bayi perempuan seberat 2.8 kilogram tersebut.
Menurut Hamidah, beliau akan membuat permohonan secara rasmi berhubung hasratnya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
''Saya difahamkan pihak JKM memberi tempoh sebulan kepada ibu bapa bayi ini untuk menuntut anak mereka.
''Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, saya akan membuat permohonan secara rasmi kepada JKM untuk menjadikannya anak angkat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat bayi malang yang dibuang di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu, di sini kelmarin.
Turut serta dalam lawatan di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Bebas (Jelapang), Hee Yit Foong serta Skuad Sayang Wanita UMNO Perak.
Mengulas tujuan lawatan terbabit, ujar Hamidah, ia bagi menunjukkan keprihatinan ADUN-ADUN wanita negeri Perak dengan masalah pembuangan bayi.
Ditanya mengenai mengenai gejala pembuangan bayi yang masih berleluasa jelas Hamidah, kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menubuhkan rumah perlindungan menempatkan bayi malang dan wanita teraniaya di negeri itu.
Jelas beliau, rumah perlindungan itu bukan bertujuan menggalakkan gejala sosial terutama di kalangan remaja, sebaliknya untuk memberi pembelaan kepada golongan terbabit.
Katanya, kerajaan negeri sedang mengenal pasti sebuah rumah bagi dijadikan rumah perlindungan tersebut.
''Kita mungkin tidak boleh mengatasi masalah sosial seratus peratus. Namun, dengan adanya rumah perlindungan ini sekurang-kurangnya nasib anak-anak yang dibuang akan terbela.
''Tetapi saya harap masyarakat tidak salah faham tujuan sebenar kerajaan. Kita bukan hendak menggalakkan orang buang bayi tetapi untuk memberi mereka perlindungan," katanya.
Kata Hamidah, selain untuk menempatkan bayi malang yang dibuang, rumah perlindungan itu juga akan menjadi 'rumah selamat' kepada kanak-kanak dan wanita mangsa penderaan.
Beliau turut mengalu-alukan langkah Utusan Malaysia menggerakkan kempen Kami Prihatin bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam membanteras kegiatan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Isnin, 22 Mac 2010
Bayi luar nikah berhak dilindungi
Telah tersiar pada Sabtu 20/3/10.Berita Harian
SEBAGAI rakyat Malaysia saya amat meyokong cadangan mana-mana pihak untuk membina sebuah pusat bayi luar nikah bagi mengelakkan bayi yang tidak berdosa itu dibunuh atau dibuang dimerata-rata tempat. Saya kata begini kerana telah ada suara-suara yang mahukan pusat ini dibina oleh kerajaan atau mana-mana pihak tertenu.
Gesaan supaya pussat ini dibina segera bukanlah untuk menggalakkan agar gejala sosial itu berleluasa, tetapi adalah bermaksud untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dari menjadi mangsa oleh ibu bapa mereka yang tidak bertanggung jawab itu.
Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya kelahiran haram ini adalah semata-mata disebabkan oleh pergaulan bebas. Inilah gejala sosial yang amat merbahaya dalam dunia yang serba maju ini. Penyakit ini mungkin bukan berlaku di Malaysia sahaja, malah mungkin seluruh dunia.
Islam amat melarang pergaulan bebas ini. Tetapi apalah yang dapat kita lakukan, selain dari boleh menasihatinya sahaja. Kita tidak mampu untuk bertindak lebih dari itu. Walaupun kita ada polis dan ada penguat kuasa pencegahan maksiat, tetapi kejadian-kejadian zina itu berlaku diluar jangkaan kita.
Oleh itu saya berharap kerajaan hendaklah memberi perhatian utama dalam menangani masalah ini. Selain dari menyediakan pusat-pusat penjagaan anak-anak luar nikah, sebaik-baiknya ibu-ibu yang bakal melahirkan anak luar nikah itu dapat ditempatkan dipusat-pusat penjagaan bayi itu. Mungkin ada sebahagian yang melahirkan anak luar nikah ingin melihara anaknya itu.
Sebanarnya apa yang dapat saya rasakan kebanyakan mereka yang sudah terlanjur itu merasa malu dengan masyarakat sekelilingnya. Kerana itu saya rasa mereka menyembunyikan diri sementara menantikan kelahiran. Bila melahirkan lalu anak itu dibunuh atau dibuang untuk tidak diketahui oleh orang lain.
Kerana itu saya berpendapat pusat penjagaan anak luar nikah ini patut disegera bagi mengelakkan lebih banyak bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.
OSMAN DOL,
Durian Tunggal, Melaka.

Ahad, 21 Mac 2010
BERSENTUHAN DENGAN ORANG YANG BUKAN MAHRAM
CATATAN yang saya buat dalam blog saya pada 11.3.2010 yang berkaitan bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah mendapat perhatian dari seorang pelawat blog saya. Pelawat ini memberikan komennya yang amat membina pada pendapat saya. Walaupun beliau tidak menyatakan nama dan alamatnya, tetapi teguran yang dibuat pada 20.3.10 dapat mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati ketika menulis di dalam akhbar-akhbar atau majalah-majalah berkaitan agama atau sebagainya dimasa-masa yang akan datang.
Tulisan yang saya paparkan dalam blog saya itu sebenarnya hanyalah suatu catatan sahaja. Walaupun sesiapa bebas membacanya tetapi adalah lebih baik seseorang pelawat itu meneliti dan mengkajinya terlebih dahulu untuk mendapat kepastian yang lebih meyakinkan. Dalam catatan itu saya tidaklah KETERLALUAN menekan pada sesuatu isu. Misalnya saya tidak menekankan bersalaman itu HARAM. Tidak boleh bersentuh dengan yang bukan mahram. Tidak begitu. Pelawat mempunyai ruang untuk memilih dan mengkajinya. Saya tidak terus membetul dan menyalahkan pada sesuatu isu itu.
Ustaz-ustaz yang mengajar kami itu sebenar berpandukan pada sesuatu kitab. Ada tempat rujukannya. Ada dibacakan dalilnya di hadapan murid-muridnya. Dia tidak boleh mengajar mengikut pendapat dan lojik dia sendiri. Mereka lebih mengeahui halal haramnya. Ada sandarannya. Cuma saya yang tidak mencatatkannya.
Sebenarnya telah banyak saya menulis di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tentang agama. Sejak muda sampai ke tua begini. Memang kita perlukan dalilnya dalam sesuatu hukum yang kita utarakan. Tetapi tulisan saya dalam blog ini lebih merupakan catatan sahaja. Kalau dalam akhbar atau majalah kita tulis tanpa dalil, jawabnya tulisan kita itu dibakul sampahkan. Seperti saya sebutkan tadi, kita kajilah dahulu tulisan itu kalau kita mahu mengamalkannya.
Dan saudara pelawat melahirkan rasa bimbangnya akan kemungkinan berlakunya jenayah akademik dengan tulisan tanpa sumber. Saya setuju pendapat itu. Tetapi tidaklah mungkin sehingga menjadi jenayah kalau kita sekadar memberikan pendapat dan pandangan. Kalau kita paksa orang suruh bersalam dan mengatakan HALAL walaupun bukan mahram kita, saya rasakan itu cuma keterlaluan sahaja. Kalau lebih dari itu sehingga boleh menerbitkan gejala yang tidak sihat, mungkinlah boleh diklasfikasikan sebagai jenayah.
Berdosa kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Janganlah sampai ke peringkat itu. Kita mesti bijak dan menyusun kata-kata kita agar boleh diterima oleh semua pihak.
Hanya sekian. Assalamualaikum WRT.

Jumaat, 19 Mac 2010
BERKAWAN BIAR SERIBU BERCINTA BIAR SATU.
CANTIK betul bunyinya ungkapan BERKAWAN BIAR SERIBU BERCINTA BIAR SATU. Saya tidak pasti dari manakah terbitnya ungkapan ini. Siapakah yang mula-mula menyebutnya. Ada juga orang yang mengklasfikasikan ungkapan di atas sebagai pepatah atau peribahasa orang Melayu. Tidak kisahlah walaupun dari mana pun datangnya ungkapan itu (kalau sesiapa yang tahu dari mana asalnya ungkapan ini, tulislah dalam blog saya ini) tetapi yang pentingnya, ungkapan ini cantik, menarik dan boleh dihuraikan lebih panjang lagi.
Berkawan biar seribu....tepat. Kita harus mencari sebanyak-banyak kawan. Banyak baiknya kalau kita ramai kawan. Kenduri kendara kita, sakit pening kita malah kalah kita mati sekalipun, kawan-kawan kitalah yang akan mengunjungi kita dan membantu kita. Ini amat penting. Katakan kalau kita buat kenduri, tidak ada orang datang untuk membantu atau mera'ikan kenduri kita itu, apahal, masak sendiri dan makan sediri sahajalah nampaknya.
Untuk mendapat kawan yang ramai ini macam-macam cara boleh kita lakukan. Pergi ke Masjid atau Surau, bantu orang-orang lain atau jiran-jiran kita yang sedang membuat kenduri, pergi dalam aktiviti gotong-royong, ziarah orang sakit atau orang meninggal dunia dan macam-macam lagi. Dengan mengguna facebook pun kita boleh dapat banyak rakan.
Tetapi harus diingat. Memang benar berkawan ini boleh dengan sesiapa saja tanpa sekatan umur, agama, bangsa, keturunan, kaya atau miskin, bangsawan atau bukan bangsawan boleh berkawan. Tetapi harus hati-hati. Ada kawan yang baik budi dan ada juga kawan yang berduri. Kawan yang berduri inilah yang kita mesti ingat-ingat. Kawan-kawan semacam inilah yang akan mendorong kita menjadi tidak betul. Dialah yang menyeret kita menjadi mat rempit, bosia, dadah, rompak, samun dan seterusnya kawan-kawan hantu ini boleh membawa kita ke tali gantung seperti pengedar dadah yang berlebihan, kes bunuh, memiliki senjata api, bunuh kanak-kanak dan lain-lain.
Tetapi kenapa bercinta biarlah satu. Faham-faham sajalah. Kalau anda seorang yang handsome, kacak, jelita tentu sekali anda mempunyai ramai peminat. Pilihlah satu sebagai kekasih. Kalau semua itu menjadi kekasih kita, Allahuakbar, anda sendiri yang akan pening kepala. Renungkanlah.
Kata ulamak, cinta utama kita hanyalah kepada Allahb SWT, kemudian kepada RasulNya Muhammad SAW, selepas itu kepada ibu dan bapa kita dan selepas itu baharulah kepada kekasih kita. Kalau kekasih men jadi cinta utama, itulah yang boleh menyebabkan seseorang itu sanggup membunuh diri atau melakukan apa sahaja selepas putus cinta. Kalau Allah dan RasulNya cinta utama kita, Insya-Allah kita akan selamat. Selamat dunia dan akhirat.
Wallahhualam bissawab.

Khamis, 18 Mac 2010
DULU KAWAN RAPAT SEKARANG MUSUH KETAT......
APA DAH JADI.........YB Zahrain memang rapat dengan Anwar. Terlalu rapat. Dunia pun tahu mereka memang rapat, kalau tidak masakan Anwar memilih dia untuk bertanding jadi wakil rakyat.
Tiba-tiba jadi musuh ketat. Nak salahkan siapa. Saya sendiri sebagai orang luar tidak sanggup hendak mendegar umpat keji Zaharain yang tentu amat memalukan Anwar. Sikap hipokrit Anwar didedahkan oleh kawan rapatnya itu. Siapa suruh. Nak tahu ceritanya bacalah surat khabar. Semua surat khabar mendedahkan hal ini dengan jelas. Tepat dan padat. Utusan Malaysia sebut hal ini dengan jelas. Ah, tak sanggup aku nak baca. Apatah lagi orang yang punya diri. MALU BEB MALUUUUU......
Politik, politik juga. Ini sudah lebih. Sudah didedah.
Mungkin ini kehendak Allah. Tetapi ini bukan balasan dosa-dosa yang telah dicipta sendiri.Allah itu Maha Besar, Maha Agung. Kita tidak tahu semua rahsia itu. Allah tahu. Jangan bohong.
Kalau nak bohong sampai bilalah agaknya. Nik Aziz yang kita sanjung selama ini dianggap sebagai ulamak terumpah. Kata Zaharain, terumpah ini dipakai untuk dibawa ke tandas saja.
YAB Nik Aziz kena ambil perhatian ini. Malu tuan guru. Carilah yang lain yang boleh membantu menegakkan kebenaran dan keadilan. Allah sayangkan hamba-hambnya yang saleh.
Marilah kita renungkan bersama.

Rabu, 17 Mac 2010
MACAM-MACAM PELIK, TAPI BENAR. ITULAH TANDA KEBESARAN ALLAH SWT.
IKAN TAPA PALING BESAR DIDUNIA. MANUSIA PUN DIA BOLEH TELAN.
ORANG TINGGI CARI CINTA.
KUCINGKE ATAU HARIMAU - ATAU KUCING BESAR
BATU BERJALAN BEB......
SELURUH BADAN BERBULU TETAPI RAMAI YANG MEN
YINTAINYA.
KUCING PALING BESAR DI DUNIA. INI BETUL KUCING.
ANTARA ORANG PALING TUA DI DUNIA. ORANG PALING TUA INI TELAH PUN MENINGGAL DUNIA.
NENEK YANG TERTUA DIDUNIA - DAH TAK ADA LAGI DIA. DAH PERGI.
ORANG PALING GEMUK DIDUNIA.
TINGGINYA WANITA INI.
(ANTARA ORANG PALING KERDIL DI DUNIA-DARI NEPAL)
(CANTIK TAPI TINGGI)
(LELAKI PALING PENDEK DI DUNIA - 74 CM TELAH MENINGGAL DUNIA DALAM USIA 21 TAHUN KERANA KOMPLIKASI JANTUNG. BELIAU HE PINGPING. TIDAK ADA TARIKH KEMATIANNYA DITULIS. BELIAU BERASAL DARI NEGERI CINA. SUMBER DARI BERITA HARIAN.)
{nanti sambung lagi.}
Isnin, 15 Mac 2010
TUANKU MIZAN DUKACITA TINGKAH LAKU AHLI PARLIMEN - BOLEH BELI PENYOKONGKAH DI THAILAND.
2010/03/15 (BAHAN DARI BERITA HARIAN ONLINE)
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini melahirkan rasa dukacita baginda terhadap Ahli Parlimen (MP) yang mempamerkan tingkah laku yang mampu menjejaskan imej mereka sebagai wakil rakyat.
Seri Paduka bertitah, sejak dua penggal berturut-turut baginda sudah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji di dalam Dewan Rakyat. "Beta dukacita masih terdapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat. "Ketahuilah, Ahli-Ahli Yang Berhormat sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh temeh yang boleh menjejaskan imej serta maruah sendiri serta kemuliaan Dewan ini," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal ketiga persidangan Parlimen ke-12 di sini, hari ini.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat.
Tuanku Mizan turut mengingatkan bahawa perpaduan dan perbuatan saling menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara mesti dipelihara.
Baginda bertitah, amalan berbaik sangka, saling menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi.
Seri Paduka bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain yang bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati.
"Beta menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing," titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, walaupun kebebasan bersuara adalah antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang, ia tidak boleh dijadikan alasan mana-mana pihak untuk memburuk-burukkan pihak lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.
"Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.
"Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar dari titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat," titah baginda.
Tuanku Mizan juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru.
Baginda meminta semua yang terbabit supaya sedar bahawa perbuatan tersebut tidak diterima oleh mana-mana agama.
"Beta menyeru pihak-pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Di samping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit," titah baginda.
Tuanku Mizan turut bertitah, bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian serius untuk membanteras jenayah termasuk jenayah jalanan seperti ragut dan samun yang menggusarkan rakyat.
Baginda bertitah, sasaran indeks jenayah keseluruhan akan dikurangkan sebanyak lima peratus serta jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir tahun ini dan penempatan lebih ramai anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia di lokasi panas, telah mula menunjukkan impak positif.
Seri Paduka turut mengalu-alukan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk memerangi gejala rasuah dan berharap rakyat akan terus memberi sokongan selain melaporkan jenayah tersebut dengan penuh tanggungjawab.
"Sehubungan ini, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat sedang digubal bagi melindungi pengadu yang membuat pendedahan," titah baginda. - Bernama Komen Anda
PERKEMBANGAN DI THAILAND

(BAJU MERAH PENYOKONG THAKSIN MENDESAK AGAR APISIT LEPASKAN JAWATAN PERDANA MENTERINYA SUPAYA PILIHAN RAYA SEMULA DAPAT DIADAKAN. SETAKAT INI APISIT MASIH BERKERAS TIDAK MAHU MELEPASKAN JAWATANNYA)
(APISIT)
Entahlah, aku macam tak percaya saja cerita di Thailand ini. Jangan-jangan penyokong-penyokong itu bersifat talam dua muka, boleh diupah. Bila baju merah buat tunjuk perasaan terlalu ramai penyokongnya. Begitu juga kalau baju kuning yang buat. Ramai juga orangnya. Jangan-jangan mereka ini orang yang sama tak? Baju kuning dia sokong baju merah pun dia sokong. Ada makan ada sedikit wang mereka pun bergeraklah. Kena siasat itu.(THAKSIN)
Ahad, 14 Mac 2010
MACAM-MACAM CERITA DIAKHBAR HARI INI.......14.3.10.
MINGGUAN MALAYSIA
..........................................
1) BUDAK KAHWIN PAKSA DITEMUI
Kanak-kanak perempuan 11 tahun yang dikahwinkan dengan si tua 41 tahun TABLIGH di temui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong.
Ulasanku: Lelaki itu mesti dicari dan dituduh di mahkamah kes rogol. Bagaimanapun budak itu mesti dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dahulu. Mak bapak budak itupun mesti dituduh kerana kahwinkan anaknya yang belum cukup umur. KACAU...
2) MUSA HASAN NAFI LETAK JAWATAN
Kataku: Tan Seri Musa Hasan difitnah pula.oleh sebuah akhbar berbahasa Cina. Jawablah sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung.
(Azean,Benjy dan rakan-rakannya. Gambar dari Google imej)

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamudin amat tidak puas hati dengan kenyataan akhbar itu. Tunggulah tindakan dari kerajaan.
Benarkah Benjyanak kesayangan pelakon terkenal Azean Idrawaty ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah. Saya amat simpati dengan seniwati terkenal itu, dia baharu saja pulih dari sakit. Diharapkan semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.
(Azean,Benjy dan rakan-rakannya. Gambar dari Google imej)
Cerita beberapa YB yang melompat dari PKR ke Bebas memenuhi dada akhbar Mingguan Malaysia. Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada pemimpin parti itu, terutamanya pada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitulah, kalau dah marah semuanya yang tidak baik itu dikeluarkan. Tetapi jagan terlalu sangat. Siapa tahu, satu hari nanti kamu rujuk balik dengan PKR.
(YB Zulkifli Nordin, Datuk Zahrin. Mohsin dan Tan Tee Beng)
FITNAHKAH......?
DOSA HARAKAH (Petikan dari Utusan Malaysia - 13.3.20100
KALAU nak disenaraikan, fitnah yang dibuat oleh Harakah memang amat dahsyat. Kalau pembaca masih ingat, satu fitnah yang paling dahsyat ialah pada waktu Anwar Ibrahim ditahan di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di muka depan Harakah dipaparkan ‘Anwar diracun’ dengan dakwat merah dan dihiasi dengan tompokan darah.
Masa berlalu dan tiada pun kesan Anwar diracun, tetapi kesan daripada paparan tersebut telah menyebabkan timbulnya kebencian di kalangan masyarakat terhadap pemerintah dan penyokong kerajaan.
Angkara daripada fitnah ini jugalah yang telah hampir menyebabkan Melayu kehilangan kuasa di bumi bertuah ini. Ini belum lagi dikira cakap-cakap dusta di kalangan masyarakat akibat perbuatan pengarang Harakah. Tidak terfikir oleh kita, betapa banyak dosa para pemfitnah ini sehingga kini. Fitnah sedahsyat ini pun sanggup dibuat oleh Harakah yang ditunjangi Pas yang kononnya berjiwa Islam (pada kulitnya sahaja).
Pada saya Pas jangan lagi mempermain dan mempersenda agama untuk tujuan mendapat kuasa politik. Usah menjual agama untuk dunia yang sedikit. Contoh, solat hajat untuk bala kepada calon yang melompat parti. Mereka sendiri pun tidak yakin bahawa Allah akan menerima solat sebegitu, akan tetapi yang mereka mahu ialah imej buruk kepada calon dan kerajaaan amnya.
MZARMAN
Alor Setar

HENTIKAN FITNAH.....
FORUM (Petikan daru Utusan Malaysia 13.3.2010)
Hentikan menabur fitnah, siasat dahulu sebelum buat dakwaan
TERPAMPANG di muka depan Harakah mengenai kononnya Perdana Menteri dan isteri mempunyai dana membeli ahli Parlimen PKR yang keluar parti. Begitu sekali dahsyatnya fitnah sebuah parti politik yang kononnya lebih Islamik di Malaysia. Kepada ahli Pas yang amat taksub tentu sahaja percaya sangat tanpa usul periksa akan dakwaan ini.
Tanyalah kepada empat ahli Parlimen PKR berkenaan, berapa mereka dibayar oleh Perdana Menteri. Janganlah membuat tuduhan, apa lagi fitnah dahsyat seperti ini.
Siasat dahulu sebelum membuat tuduhan. Kalau ada bukti, bawalah ke mahkamah, tidak perlu menipu para penyokong anda. Bawa ke mahkamah dan bersedia dengan segala bukti.
Dahulu pun Tun Dr. Mahathir difitnah juga, macam-macam tuduhan rasuah. Tetapi tidak satu pun yang dibawa ke mahkamah oleh Pas. Hentikan sahaja membuat dosa seperti ini.
Baru-baru ini, ugutan untuk mengadakan solat hajat agar Ahli Parlimen Bagan Serai ditimpa bencana kerana keluar parti. Mana ada dalam Islam ajaran seperti ini.
Untuk makluman semua tok guru dalam Pas, pada saya setakat keluar parti bukanlah mengkhianati rakyat selagi wakil rakyat berkenaan menjalankan amanah membela nasib rakyat.
YB berkenaan menang kerana diyakini oleh rakyat dan dapat berbakti serta berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Kalau YB berkenaan khianat kepada rakyat, tidak kira dari parti apa pun barulah berdosa.
Jadi pemimpin bersedialah kena tegur, tidak kira siapa yang menegur kerana tok guru pun buat salah. Apabila ditegur, janganlah marah kepada yang menegur.
Misalnya dengan berkata Mufti Perak ejen UMNO dan pelbagai lagi. Apa semua ini? Lim Guan Eng terang-terang buat salah. Tegurlah kalau berani wahai tok guru. Kalau Guan Eng tidak buat salah, tentu rakyat tidak membuat protes.
Maka hentikanlah perbuatan mengikut nafsu serakah wahai Harakah. Fahamlah akibat mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang. Maknanya, akibatnya amat berat, dosanya juga amat berat.
BANJAR PERAK INSAF
Tanjung Karang, Selangor

Jumaat, 12 Mac 2010
NENEK 129 TAHUN MANUSIA TERTUA DI DUNIA DAN CERPEN KE DUAKU TAHUN 2010 YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN PERDANA - PUSARA ATUK.
(Bahan dari Kosmo)
TBILISI - Seorang wanita di Georgia mendakwa dia berusia kira-kira 129 tahun sekali gus menjadikannya manusia tertua di dunia yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa dokumen pengenalan diri yang ditemui sebuah stesen televisyen tempatan menyatakan wanita itu, Antisa Khvichava (gambar) lahir pada 8 Julai, 1880.
Dia kini tinggal di kampung Sachino, pedalaman Banjaran Caucasus, kira-kira 272 kilometer dari sini bersama seorang anak lelakinya, beberapa cucu dan sejumlah cicit.
"Nenek saya berusia 130 tahun," kata seorang cucu perempuannya, Shorena Khvichava.
Seorang pegawai Agensi Pendaftaran Awam Georgia, Gia Vashadze berkata, dia berharap dapat membuktikan usia Khvichava dalam buku Guinness Book of World Records.
Ketika ini, gelaran rasmi kategori berkenaan dipegang seorang warga Jepun yang berusia 114 tahun. - Agensi
CERPEN - PUSARA ATUK
ALHAMDULILLAH - sebenarnya tajuk cerpen itu telah dipinda. Tajuk asal yang aku cadangkan ialah AKU NAK TEMBAK DIA.....tetapi telah dipinda tajuknya menjadi Pusara Atuk. Saya suka cerpen ini kerana ianya mengisahkan dendam seorang lelaki kepada komunis yang telah menghancurkan, negara, bangsa dan keluarganya. Malangnya telah berlaku kesilapan cetak yang menyebabkan beberapa rangkap ayatnya tidak jelas maksudnya.
Biarlah. Terima Kasih MP kerana siarkan cerpenku itu.

Khamis, 11 Mac 2010
HUKUM BERSENTUHAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAM.
Mengikut Mazhab Syafie sekiranya segaja menyentuh atau tersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jawabnya adalah haram. Berdosa. Kalau kita ada wudhuk, batal wudhuk itu. Syafie memang sedikit keras dan tegas dalam masalah ini.
Dalam Syafie walaupun orang yang kita sentuh itu isteri atau suami kita ketika berwudhuk jawabnya batal wudhuk kita. Tetapi tidak haram kalau kita menyentuhnya ketika kita tidak berwudhuk. Pengecualian ini hanya kepada pasangan suami isteri sahaja. Kalau belum menjadi suami isteri, hukumnya tetap haram dan berdosa.
Maksud tersentuh ini termasuklah bersalaman. Lelaki dan perempuan yang bukan mahram, haram bersalaman.
APA PANDANGAN SHEIKH MOHAMMED SAYED TANTAWI
Saya masih ingat lagi pada tahun 80an, ketika Sheikh Mohammed Sayed Tantawi datang melawat Malaysia (Sheikh Mohammed Sayed Tantawi telah meninggal dunia pada 10hb. Mac 2010 dalam usia 82 tahun kerana sakit jantung - Al-Fatihah untuk ulamak besar ini) dan telah dijemput untuk memberi ceramah TV1 dengan menggunakan jurubahasa. Kalau tidak silap saya, Allahyarhamlah yang memberi ceramah itu.
Mengikut Allahyarham, Islam membolehkan kita bersentuh kerana bersalaman dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. Tetapi sentuhan itu janganlah disertakan dengan syahwat. Kalau dengan syahwat katanya, menyentuh anak sendiripun jawabnya adalah haram. Mazhab Maliki membolehkan persentuhan itu dengan syarat ikhlas dan tidak disertakan dengan syahwat.
Menyentuh perkara yang sama, Ustaz Razali ketika memberikan kuliah subuhnya di Masjid al-Naim Durian Tunggal, menyatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW pernah mengucup dahi Aishah ketika hendak sembahyang. Selepas mengucupnya baharulah Baginda SAW sembahyang. Kata Ustaz Razali, dia lebih bersetuju dengan sunnah Nabi ini. Ini adalah hadis yang sahih, katanya.
Ustaz Yaakob Mohd. Amin yang mengajar malam rabu di Masjid al-Naim juga menyatakan boleh bersentuah atau bersalaman tetapi biarlah dengan lelaki atau perempuan yang sudah lanjut usia, yang tidak ada syahwat lagi. Orang-orang muda patut elakkan dari bersalaman kerana dibimbangi perkara lain pula yang terjadi.
Ustaz Rahim Al Hafiz yang mengajar di Masjid al Azim Melaka tetap tegas mengatakan hukum lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersalaman atau bersentuhan adalah haram. Lebih baik katanya, pacakkan paku panas ditapak tangan kita dari bersalaman. Wallahualam.
TEPUK DADA TANYA IMAN

Isnin, 8 Mac 2010
HUJAN - RAKAN PENULIS - POLITIK NEGARA.
RAZAK SEORANG NOVELIS RUPANYA
KETIKA Persatuan Penulis Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) hendak mengadakan WACANA SENI di Lubuk China, Melaka, saya telah diajak oleh saudara Razali Endun dan Cikgu Husin Embi untuk pergi ke beberapa buah sekolah menengah di sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah untuk mempelawa pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah yang dikunjungi itu untuk turut sama dalam majlis WACANA SENI itu.
IPM telah menjemput Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menyerikan majlis itu. Turut sama dalam majlis itu ialah Cikgu Arbak Othman dan Dr. Ghafar Ibrahim. Anatara acara yang diadakan selama 2 hari itu (11-12.7.09) ialah membaca puisi, teater dan lain-lain.
Semasa pergi ke sekolah-sekolah itu, saya telah bertemu dengan Sdra. Razak Adam. Pertama kali menemuinya saya memang tidak tahu dia adalah seorang penulis. Saya fikirkan dia hanya guru biasa saja. Pada agakan saya Razak baharu sahaja berumur dalam lingkungan tiga puluhan. Saya boleh buat anak kerana umur saya telahpun lewat 66 tahun. Pada hari Wacana Seni itu Razak ada turut hadir dengan beberapa orang muridnya.
Husin Embi dan Razali Endun juga mungkin tidak tahu Razak ini seorang penulis kerana tidak diperkenalkan dengan saya bahawa Razak ini seorang penulis. Saya tahu namanya hanya dari tanda nama yang dipakainya.
Saya tahu Razak ini seorang penulis ketika saya menghadiri hari diklamasi puisi di Taman Istana Budaya anjuran Persatuan Penulis Pernama Negeri Melaka pada 7.2.2010. Saya nampak A.Razak ini begitu sibuk. Mungkin dia AJK Pernama agaknya. Bila ada kesempatan saya pun bertanya dia. Cikgu ada tulis novelkah? tanya saya. Ada. katanya. Banyakahkah? tanya saya lagi. Adalah lima enam buah.
Ketika hendak balik saya singgah digerai jual buku. Saya pun beli sebuah novel remajanya yang bertajuk HANYA TUHAN YANG TAHU. Aku tahu dia novelis. Cara saya lain - saya suka mengetahui tentang diri seseorang. Razak mungkin belum mengenali orang tua yang sudah kabur penglihatannya ini.
Orang lama mungkin dapat ingat aku lagi. Beberapa tahun lalu seorang anak saya belajar di Sekolah Teknik Tengku Afzan Bentung telah pergi ke rumah seorang rakannya. Kebetulan anak saya itu membawa sebuah novel karangan saya bertajuk PENENTUAN. Ibu sahabat anak saya itu bertanya. Buku karangan ayah saya, Osman Dol. Ibu sahabatnya segera berkata: Osman Dol ini banyak tulis drama radio dulu, betul tak? Betul kata anak saya itu.
KENAPA MELAKA TIDAK TURUN HUJAN
Anak saya yang baharu balik dari Kuala Lumpur merasa hairan kerana Negeri Melaka sudah lama tidak disirami hujan. Kata anak saya, di Kuala Lumpur, khasnya di Bukit Jalil hari-hari hujan. Kenapa hah? Kasihan pada pokok-pokok. Sudah lama tidak dapat air. Bilalah nak turun hujan agaknya?....
POLITIK NEGARA
YB Zulkifli Nordin sudahpun dipecat dari PKR. Tindakan itu memang sudah dijangka oleh saya. Bila seseorang YB dipecat oleh pucuk pimpinannya, ini bererti YB Zul tidak penting bagi PKR. Saya berpendapat, apa yang diperjuangkan oleh Zulkifli Nordin itu memang benar. Tetapi apa boleh buat. Kalau dah tak boleh duduk sebumbung dengan PKR cari sajalah parti lain. Paskah atau UMNO. Yang penting kita jujur.
Sekian. Assalamualaikum.

Sabtu, 6 Mac 2010
ADA BUAYA DISEBALIK BATU - KATA TUAN GURU NIK AZIZ
Petikan dari Sinar Harian 6.3.10.
“Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya,” katanya semalam.
Beliau berkata, sebagai pemimpin mereka sepatutnya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pelbagai cara dan bukannya dengan cara mengambil keputusan untuk keluar parti.
“Usulkan sahaja sidang tergempar. Ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati. Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumah tangga parti?,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin parti sepatutnya perlu berfikir dengan jujur dalam membuat penilaian sebelum mengambil keputusan untuk keluar parti.
“Bukan sahaja pengundi mereka, kalau saya sendiri pun ditipu oleh wakil yang dipilih seperti ini, saya akan marah,” katanya.
Beliau berkata, secara logiknya, pemimpin yang melompat parti perlu meletakkan jawatan.
“Kembalikan saja mandat kepada rakyat. Bertanding di atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri,” katanya.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan beberapa pemimpin PKR yang bertindak keluar parti termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin PKR yang ada tidak mudah berputus asa kerana parti itu masih muda di dalam gelanggang politik tanah air.
“Hari ini, Pas sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.
APA KATA OSMAN DOL:
Ada orang cakap Tuan Guru Nik Aziz tak pandai main politik PUTAR ALAM. Kata orang, politik tuan guru ialah politik semata-mata kerana Allah. Entahlah - hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Cerita 16 Sept tidak jadi kenyataan. Sepatutnya Tuan Guru kena nasihatkan orang-orang BN supaya tidak lompat parti. Kerana lompat parti itu sikap yang tidak amanah. Hancurkan kepercayaan pengundi. Berdosa. Kelakarnya, keadaan menjadi sebaliknya. Orang-orang PR yang berduyun tinggalkan parti menjadi anggota bebas.
Tuan Guru Nik Aziz biasanya tidak buat dosa kering. Ulamak adalah pewaris nabi. Tuan Guru kena buktikan siapakah buaya yang menjadi dalang menyeret ADUN-ADUN, MP-MP dan ahli-ahli PR masuk kepada sesuatu parti. Saya kurang ilmu tuan guru. Menuduh tanpa bukti itu fitnah nama. Berdosa tuan guru. Sangka-sangka, agak-agak dan terka-terka ini bolehkah? Tak fitnah jugakah namanya?
Mahkamah pun dituduh tidak adil. Kalau keputusan mahkamah berpihak kepada pihaknya - baharulah mahkamah itu adil. Allahuakbar.
(TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT)
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dari Parti keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti seperti ada ‘buaya di sebalik batu’. “Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya,” katanya semalam.
Beliau berkata, sebagai pemimpin mereka sepatutnya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pelbagai cara dan bukannya dengan cara mengambil keputusan untuk keluar parti.
“Usulkan sahaja sidang tergempar. Ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati. Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumah tangga parti?,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin parti sepatutnya perlu berfikir dengan jujur dalam membuat penilaian sebelum mengambil keputusan untuk keluar parti.
“Bukan sahaja pengundi mereka, kalau saya sendiri pun ditipu oleh wakil yang dipilih seperti ini, saya akan marah,” katanya.
Beliau berkata, secara logiknya, pemimpin yang melompat parti perlu meletakkan jawatan.
“Kembalikan saja mandat kepada rakyat. Bertanding di atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri,” katanya.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan beberapa pemimpin PKR yang bertindak keluar parti termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin PKR yang ada tidak mudah berputus asa kerana parti itu masih muda di dalam gelanggang politik tanah air.
“Hari ini, Pas sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.
APA KATA OSMAN DOL:
Ada orang cakap Tuan Guru Nik Aziz tak pandai main politik PUTAR ALAM. Kata orang, politik tuan guru ialah politik semata-mata kerana Allah. Entahlah - hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Cerita 16 Sept tidak jadi kenyataan. Sepatutnya Tuan Guru kena nasihatkan orang-orang BN supaya tidak lompat parti. Kerana lompat parti itu sikap yang tidak amanah. Hancurkan kepercayaan pengundi. Berdosa. Kelakarnya, keadaan menjadi sebaliknya. Orang-orang PR yang berduyun tinggalkan parti menjadi anggota bebas.
Tuan Guru Nik Aziz biasanya tidak buat dosa kering. Ulamak adalah pewaris nabi. Tuan Guru kena buktikan siapakah buaya yang menjadi dalang menyeret ADUN-ADUN, MP-MP dan ahli-ahli PR masuk kepada sesuatu parti. Saya kurang ilmu tuan guru. Menuduh tanpa bukti itu fitnah nama. Berdosa tuan guru. Sangka-sangka, agak-agak dan terka-terka ini bolehkah? Tak fitnah jugakah namanya?
Mahkamah pun dituduh tidak adil. Kalau keputusan mahkamah berpihak kepada pihaknya - baharulah mahkamah itu adil. Allahuakbar.
Khamis, 4 Mac 2010
NALA LABEL ANWAR JAGUH "PUTAR ALAM"
Petikan dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 3 Mac - Datuk S. Nallakarupan melabelkan bekas rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jaguh 'putar alam' yang telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga mereka tersasar daripada paksi kebenaran.
Beliau yang mendakwa kenal Anwar dari luar dan dalam menegaskan Ketua Pembangkang itu juga umpama ahli silap mata yang boleh mengadakan perkara yang tiada dan meniadakan apa yang ada.
Lantaran itu katanya, beliau langsung tidak pelik dengan dakwaan Anwar kononnya dia telah mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwatnya sewaktu menghadiri seminar di Qatar baru-baru ini.
"Dia akan membaca keadaan dan suasana untuk memahami peluang dan kelemahan sebelum merangka sesuatu pembohongan.
"Jika (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh diperdayakan Anwar dengan pelbagai personalitinya, apatah lagi rakyat biasa," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Anwar sebelum ini mendakwa telah mendapat sokongan daripada pemimpin antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.
Dakwa Anwar, antara yang memberi sokongan ialah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.
Sementara itu, Nallakarupan mendakwa dalam menjayakan sesuatu pembohongan, Anwar akan menukar personalitinya dengan pantas umpama bersalin pakaian.
Katanya, personaliti itu pula dipilih mengikut tahap kecetekan pemikiran penyokongnya.
"Dia cekap mencari peluang untuk memanipulasi ketamakan dan kelemahan orang lain, maka cocok sekali dia diberi gelaran jaguh 'putar alam' yang hebat," katanya.
Mengulas mengenai trend keluar parti di kalangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nallakarupan berkata ia menjadi petunjuk bahawa tembelang Anwar makin terdedah.
"Keupayaannya untuk memimpin semakin merudum, semua orang mula keluar dan yang tinggal akhirnya 3A (Anwar, Azmin dan Azizah' sahaja," katanya.
"Dulu masa saya tinggalkan PKR ramai yang persoal, sekarang tengoklah apa dah jadi?," katanya.
(GAMBAR-GAMBAR DIKUTIP DARI GOOGLE IMEJ)

Rabu, 3 Mac 2010
KISAH DIN TAHU DAN DOLAH TAK KISAH
SELEPAS sembahyang subuh di Masjid al-Naim Durian Tunggal, pagi tadi, saya dan beberapa orang rakan masuk sebuah kedai kopi untuk sarapan pagi. Pagi tadi, kedai kopi Ismail, adik saya menjadi pilihan.
Ketika sedang minum itu seorang rakan saya Husin Ahmad (bukan nama sebenar) datang menghampiri kami yang sedang minum itu.Saya pelawa Husin untuk minum bersama. Pelawaan saya itu diterima.
(Apa yang hendak saya ceritakan selepas ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Mengaibkan orang adalah satu sikap yang amat dibenci oleh Islam. Kata ulamak, segala pahala yang kita buat pada hari itu akan berpindah kepada orang yang kita aibkan itu. Semoga Allah s.w.t. jauhkan dari sikap buruk itu. Dan kisah yang hendak saya paparkan ini diharapkan dapat menjadi iktibar kepada pembacanya. Pilihlah yang terbaik...)
Ketika sedang minum, Husin menceritakan tentang Din Tahu dan Dolah Tak Kisah. Nordin Bakar (bukan nama sebenar) atau lebih dikenali Din Tahu. Rumah Din Tahu berjarak kira-kira dua kilometer dari rumah saya. Din Tahu memang orang terkenal. Dia terkenal kerana cakap apa sahaja dengannya dia sudah tahu. Cakap fasal buku, dia sudah tahu, kononnya dia sudah membaca buku itu. Cakaplah apa saja, dia sudah tahu.Jadi kita gelarkan dia Din Tahu.
Din Tahu dengan Dolah Tak Kisah ini bekongsi berniaga barang-barang terpakai. Antara barang-barang yang diperniagakan ialah surat khabar lama, besi-besi buruk, enjin kereta atau motorsikal yang rosak, enjin mesin rumput, pam air dan macam-macamlah. Dia berdua ini memang terkenal dan perniagaan mereka pun maju.
Dua malam lepas kata rakan saya yang bernama Husin itu, Dolah Tak Kisah dicekup polis di rumahnya. Banyak barang-barang lamanya di rampas polis. Setahu-tahu orang kampung sepanjang perniagaannya lebih dari lima atau enam tahun, inilah kali pertama dia kena tangkap kerana disyaki menyimpan barang-barang curi.
Bila ditangkap oleh polis, Dolah Tak Kisah sudah bersikap disebaliknya. Dia menangis. Dia semacam tidak percaya kerana membeli dan menyimpan barang-barang curi. Sekarang baru dia ambil kisah sangat tentang apa yang berlaku pada dirinya. Ketika blog ini ditulis, Dolah Tak Kisah masih belum dibebaskan.
Din Tahu walau berjiran dan rakan kongsi dengan Dolah Tak Kisah, tetapi dia lansung tidak mengetahui sahabatnya itu telah dicekup oleh polis. Polis tidak tangkap dia mungkin kerana barang-barang itu disimpan di rumah Dolah Tak Kisah. Kata Husin lagi, pagi tadi Polis datang ke rumahnya untuk membawa dia ke balai polis, Din Tahu hampir pengsan. Keadaannya tidak tentu arah. Dia yang terkenal dengan gelaran Din Tahu itu tiba-tiba menjadi Din Tak Tahu. Dia lansung tidak tahu barang-barang curi yang disimpan oleh rakan kongsinya situ. Dari seorang serba tahu jadi serba tak tahu.
Itulah kisahnya. Kita sokong perniagaan barang-barang terpakai yang diusahakan oleh Din Tahu dan Dolah Tak Kisah. Kita suka kalau orang Melayu maju dan kaya raya. Tapi si Dolah atau Din kena ambil kisahlah barang curi atau bukan barang curi. Jangan pakai beli saja. Akhirnya kita yang susah. Din Tahu jangan pakain percaya saja. Bila kena tangkap cakap tak tahu pula. Ambil tahu awal-awal lagi.
Sekian untuk hari ini. Assalamualaikum.
(SEMUA GAMBAR YANG DITERBITKAN SEKADAR HIASAN SAHAJA. GAMBAR-GAMBAR DIKUTIP DARI GOOGLE IMEJ. IMEJ LELAKI KACAK INI IALAH ADI ARIFF ANAKKU - DIHARAP DIA TIDAK MENJADI DIN TAHU ATAU DOLAH TAK KISAH)

Abdullah Baba (bukan nama sebenar) atau lebih terkenal dengan panggilan Dolah Tak Kisah. Dia berjiran dengan Din Tahu. Gelaran tak kisah yang diberi oleh masyarakat kampung kepadanya ialah kerana dia selalu menggunakan perkataan itu, lalu dia digelar orang Dolah Tak Kisah. Beberapa bulan yang sudah seekor lembu pemiliharaannya mati dilanggar lori. Orang-orang kampung bagitahu tentang lembunya yang sudah mati itu. Dolah jawab, tak kisahlah, seekor mati, aku ada sepuluh ekor lagi. Sikapnya itu boleh menggelikan orang lain.
Din Tahu dengan Dolah Tak Kisah ini bekongsi berniaga barang-barang terpakai. Antara barang-barang yang diperniagakan ialah surat khabar lama, besi-besi buruk, enjin kereta atau motorsikal yang rosak, enjin mesin rumput, pam air dan macam-macamlah. Dia berdua ini memang terkenal dan perniagaan mereka pun maju.
Dua malam lepas kata rakan saya yang bernama Husin itu, Dolah Tak Kisah dicekup polis di rumahnya. Banyak barang-barang lamanya di rampas polis. Setahu-tahu orang kampung sepanjang perniagaannya lebih dari lima atau enam tahun, inilah kali pertama dia kena tangkap kerana disyaki menyimpan barang-barang curi.
Bila ditangkap oleh polis, Dolah Tak Kisah sudah bersikap disebaliknya. Dia menangis. Dia semacam tidak percaya kerana membeli dan menyimpan barang-barang curi. Sekarang baru dia ambil kisah sangat tentang apa yang berlaku pada dirinya. Ketika blog ini ditulis, Dolah Tak Kisah masih belum dibebaskan.
Din Tahu walau berjiran dan rakan kongsi dengan Dolah Tak Kisah, tetapi dia lansung tidak mengetahui sahabatnya itu telah dicekup oleh polis. Polis tidak tangkap dia mungkin kerana barang-barang itu disimpan di rumah Dolah Tak Kisah. Kata Husin lagi, pagi tadi Polis datang ke rumahnya untuk membawa dia ke balai polis, Din Tahu hampir pengsan. Keadaannya tidak tentu arah. Dia yang terkenal dengan gelaran Din Tahu itu tiba-tiba menjadi Din Tak Tahu. Dia lansung tidak tahu barang-barang curi yang disimpan oleh rakan kongsinya situ. Dari seorang serba tahu jadi serba tak tahu.
Itulah kisahnya. Kita sokong perniagaan barang-barang terpakai yang diusahakan oleh Din Tahu dan Dolah Tak Kisah. Kita suka kalau orang Melayu maju dan kaya raya. Tapi si Dolah atau Din kena ambil kisahlah barang curi atau bukan barang curi. Jangan pakai beli saja. Akhirnya kita yang susah. Din Tahu jangan pakain percaya saja. Bila kena tangkap cakap tak tahu pula. Ambil tahu awal-awal lagi.
Sekian untuk hari ini. Assalamualaikum.
(SEMUA GAMBAR YANG DITERBITKAN SEKADAR HIASAN SAHAJA. GAMBAR-GAMBAR DIKUTIP DARI GOOGLE IMEJ. IMEJ LELAKI KACAK INI IALAH ADI ARIFF ANAKKU - DIHARAP DIA TIDAK MENJADI DIN TAHU ATAU DOLAH TAK KISAH)
Isnin, 1 Mac 2010
NASIB "ANAK TONG SAMPAH"
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/03/01 PUTRAJAYA: “Kalau dilahirkan hanya untuk dihina, dicaci dan ditipu masyarakat, lebih baik kami dibiarkan mati saja. Kadang-kadang saya rasa ada baiknya juga bayi dibuang ibu bapa itu meninggal dunia supaya dia tidak perlu menghadapi kesukaran hidup seperti yang saya alami kini,” luah seorang ‘anak tong sampah’ yang hanya mahu dikenali Khairul, 23.
Khairul yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab, Pahang, mengakui sepanjang 23 tahun memegang status anak ‘terbuang’, kehidupannya tidak pernah bahagia, malah sentiasa menerima ujian dan cabaran sehingga ada kalanya dia sendiri tidak mampu menanggungnya.
Lebih menyedihkan, lelaki malang yang tidak pernah mengecapi kasih sayang ibu bapa itu turut berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.
“Saya sudah bosan dicap sebagai pendatang asing walaupun saya dilahirkan di Malaysia. Saya bukan warga Indonesia, Bangladesh atau India, malah tempat lahir yang tertera di kad pengenalan juga dinyatakan Malaysia. Semua perkara susah nak buat, nak minta kerja susah, bila dah dapat kerja, ditipu majikan. Bila nak ambil tindakan kata tak layak sebab bukan warganegara.
“Jika semua anak terbuang menerima nasib seperti saya, tidak mustahil lebih banyak masalah sosial akan berlaku di negara ini. Yang lelaki akan menjadi perompak, perogol, pencuri dan penjenayah, manakala perempuan menjadi pelacur.
“Kalau melakukan kesalahan, kami akan dipenjarakan. Sekurang-kurangnya kami akan diberikan makanan dan minuman secara tetap setiap hari, tak perlu menahan lapar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Penderitaan Khairul tidak berhenti di situ saja. Lebih menyayat hati satu-satunya harta yang ditinggalkan arwah isterinya, anak lelaki berusia setahun dua bulan, cuba dirampas kakak ipar dengan alasan sama.
Lebih menyedihkan, dia dipisahkan daripada anak kandungnya sendiri sehingga sembilan bulan sebelum mendapat perintah penjagaan sementara daripada Jabatan Agama Islam Selangor.
Dia yang memeluk Islam pada Mei 2007 mendakwa, kakak iparnya pernah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menyatakan dia tidak layak menjaga anaknya kerana dia anak terbuang dan tidak mempunyai ibu bapa.
“Kata-kata itu amat menghiris perasaan saya. Kenapa pertikaikan hak saya sebagai seorang bapa sedangkan anak itu darah daging saya sendiri yang lahir hasil kasih sayang saya dengan arwah isteri.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya (anak) kerana itu amanah Allah. Malah, saya mampu dan saya tidak akan mengabaikan anak sendiri kerana tidak mahu kehidupannya menderita seperti yang saya alami selama ini,” katanya.
Mengimbau kehidupan ketika kecil, Khairul mendakwa dia ditemui seorang lelaki Cina dalam keadaan cukup sifat dan sihat berhampiran tong sampah di Mentakab berserta sijil kelahiran yang hanya tertulis namanya sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang, sehingga berusia tiga tahun.
Dia kemudian dipelihara satu keluarga Cina sebagai anak angkat, namun menjadi mangsa dera keluarga angkat yang juga kaki mabuk termasuk disimbah air panas dan dipukul. Akibat tidak tahan dengan tindakan kejam ibu bapa angkat, dia melarikan diri ke balai polis untuk menyelamatkan diri sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.
Khairul berkata, sebaik genap usia 18 tahun, penghuni rumah kanak-kanak berkenaan dibebaskan bagi menjalani kehidupan seperti orang lain, namun akibat tidak pernah didedahkan dengan sebarang kemahiran atau latihan, mereka hidup ibarat layang-layang terputus tali dan terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup.
Namun, status yang dipegang serta dokumen pengenalan diri yang mengelirukan menyebabkan kehidupan mereka amat sukar, malah ada antaranya mengambil jalan mudah dengan terbabit dengan kegiatan jenayah.
“Kenapa JKM mengutip puluhan anak terbuang, tapi selepas 18 tahun dibebas dan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri. Kalau perkara ini tidak ditangani, perkara sama akan berlaku dan anak yang dikutip ini akan menimbulkan masalah pada masyarakat.
“Justeru, pihak terbabit perlu memikirkan pendekatan terbaik yang boleh diambil bagi membantu golongan seperti kami. Kami tak mahu terus ditindas selama-lamanya sebab kami juga berhak hidup bahagia walaupun ibu bapa membuang kami sejak kecil,” katanya.
(OSMAN DOL BERKATA: Semua pihak mestilah mengambil perhatian nasib malang yang menimpa Khairul ini. Bagi saya, walaupun Khairul sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan dengan cukup sifat malah telahpun menjadi keluarga Islam, tetapi perhatian yang lebih bermakna sepatutnya diberikan kepadanya. Bukankah ketika kanak-kanak itu baharu ditemui, baik diserahkan dibawah jagaan orang Islam atau dipusat-pusat kebajikan Islam. Sediakan surat beranaknya, uruskan kad pengenalannya dengan betul, jaga pengajian dan pendidikannya walau setinggi mana sekalipun. Kasihan dia. Saya rasa semua pihak boleh memainkan peranan untuk menguatkan semangatnya. Islam lengkap segala-segalanya untuk membina Khairul mejadi manusia berguna. Berguna untuk agama, bangsa dan negara. Sabarlah Khairul.)

Langgan:
Catatan (Atom)