(gambar hanya untuk hiasan)
PENCURI MENGELEDAH DALAM RUMAHKU
PADA 25.6.2010 jam 3.00 pm saya ke Kuala Lumpur ke rumah anak-anak saya. Hari pertama saya tidur dirumah anak saya yang duduk di Wangsa Maju, esoknya 26.6.2010 saya tidur di rumah anak perempuan saya yang baru pindah rumah baru di Bukit Antarabangsa. Sempatlah saya bacakan doa selamat dan kamki adik beradik sempat sembahyang berjemaah. Alham dulillah....Selamat masuk rumah baru.
27.6.2010 saya ke Bukit Jalil tidur diruamh seorang laagi anak saya. Cucu-cucu saya Danish dan Damia menceriakan saya di Bukit Jalil.
28.6.2020 jam 10.00 am saya balik ke kampung semula. Sampai jam 12.30 tengah hari. Alangkah teperanjatnya saya dan isteri, pintu depan rumah sudah terbuka. Kunci grill dihompel dan dipecahkan. Dan bila kami masuk ke dalam rumah. Doh, habis berselerak barang2 dan kain baju kami dibongkar dan digeledah.
Barang-barang yang hilang, duit tunai lebih kurang RM 80.00 ternasuklah duit siling lebih kurang RM 50.00,
sebuah video cam rantas emas anak saya hilang. Jam tangan yg isteri saya beli di Mekah juga hilang.
Saya buat report polis jam 2.30pm.
Polis datang membuat pemeriksaan. Tetapi aku rasa siasatan tidak ada apa gunanya hanya sebagai melengkapi siasatan saja.
Aku dulupun pernah menjadi pegawaik penyiasat 4 tahun lamanya. Masa aku dulu aku buat kerja bersungguh-sungguh. Sekarang ini, ah entahlah.....
SALAM PAK CIK MAN... NAPE PAK CIK MAN CKP MCM TU?
BalasPadamKALAU PAK CIK RASA ADA YG TAK BTL, BTLKAN LAH. KAN ITU LBH BAIK!
SEBAGAI BEKAS POLIS PAK CIK TERLALU SAYANGKAN POLIS. MAKSUD PAK CIK, KUASA POLIS MENYIASAT SEOLAH2 TERBATAS. TAKUT2 TERSILAP TANGKAP KERANA KALAU TERSILAP AKAN DISU DI MAHKAMAH. JADI POLIS KINI, SIASAT TETAP SIASAT, TETAPI SEKADAR MELENGKAPKAN SIASATAN...
BalasPadam