07/06/2010 3:58pm
KUALA LUMPUR 7 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.
"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata, lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.
Beliau berkata, langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.
"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long,” katanya. – Bernama
KOMEN OSMAN DOL: BACALAH WAHAI MANUSIA YG SUKA BUAT FITNAH......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan