MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 2 Jun 2010

12 RAKYAT MALAYSIA DITAHAN TENTERA ISRAEL DI HAIFA - BH.

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my

2010/06/02

AKTIVIS keamanan Turki, Nilufer Cetin bersama anaknya Turker Kaan Cetin tiba di Istanbul, semalam selepas dibebaskan tentera Israel yang bertindak menyerang kapal Mavi Marmara, kelmarin.

Tak cedera, kini ditahan tentera Israel di Haifa

Malaysia minta bantuan negara ketiga bawa pulang SEPANG: Semua 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel ketika misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin, disahkan selamat dan kini ditahan di negara itu. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, turut mengesahkan tidak ada warga Malaysia yang cedera dalam serangan itu.

"Kita sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan mereka dan tempat sebenar mereka ditahan kerana maklumat terakhir yang kita ketahui, kapal Mavi Marmara dibawa ke Pelabuhan Haifa, Israel.

"Beberapa negara seperti Jordan, Turki, Filipina dan Ireland yang mempunyai hubungan dengan Israel bersedia membantu kita membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu secepat mungkin," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean - Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), semalam.

Anifah juga menjelaskan angka rasmi rakyat Malaysia yang berada dalam Mavi Marmara sebenarnya 12 orang dan bukan 11 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, seorang lagi rakyat Malaysia yang berada dalam kapal itu ialah Mustafa Mansur dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Menurut laporan semalam, 11 rakyat Malaysia termasuk sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan dua krew televisyen Astro Awani berada dalam kapal itu.

Anifah berkata, enam lagi rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama Rachel Corrie juga berada dalam keadaan selamat dan kini dilaporkan sudah bertolak dari Malta menuju ke perairan Gaza.

Beliau berkata, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-88874570 yang dibuka 24 jam.

Anifah juga berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas tindakan rejim Israel itu dan mahu supaya siasatan bebas secara menyeluruh dilakukan.

Katanya, Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang masih tidak mengutuk serangan rejim Israel terhadap kapal Mavi Marmara dari Turki yang membawa aktivis kemanusiaan ke Gaza.

"Malaysia mahu Israel segera membebaskan semua tahanan dan kapal terbabit dan Resolusi 1860 dipatuhi oleh Israel supaya membuka laluan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza," katanya.

Anifah menegaskan serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa.

Beliau turut membaca kenyataan bersama Menteri Luar Asean dan GCC yang dikeluarkan di Singapura semalam yang mengutuk keras tindakan rejim Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu.

Katanya, Menteri Luar Asean mahu semua aktivis yang ditahan dibebaskan segera oleh pihak berkuasa Israel.

"Semua Menteri Luar Asean-GCC bersetuju bahawa kerjasama antarabangsa perlu bagi memastikan Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya mengikut undang-undang antarabangsa. Semua Menteri Luar itu juga mendesak PBB melakukan siasatan terperinci terhadap serangan Israel itu," katanya. Komen Anda

Masyarakat dunia secara serius andaikata kita mahu keadilan yg total.Jika tidak PBB dan pertubuhan dunia yg sedia ada ibarat patung tidak bernyawa.sim kwang chayPBB seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyiasat angkara buruk yang telah dilakukan oleh comando israel. kita menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bukannya menghantar senjata untuk Gaza. dan Israel perlu bertanggungjawab ke atas tindakan buruk yang telah dilakukan.

KOMEN OSMAN DOL: KEZALIMAN YAHUDI LAKNATULLAH MEMANG TIDAK RAHSIA LAGI. KENAPA AMERIKA SENYAP. KENAPA RAKYAT NEGARA2 TELUK MENYEPI. YA ALLAH, SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI GAZA, SELAMATKAN SELURUH UMAT ISLAM, BINASAKANLAH YAHUDI.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan