MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 17 Jun 2010

ANAKKU BERTUNANG...



SENDIRI RAKAM GAMBAR SENDIRI

HARI INI SAYA ingin mengulis sendiri dalam blog saya ini. Biasanya saya petik dari akhbar2. Kali ini biarlah saya luangkan sedikit masa untuk mencatatnya.

Saya ingin menyebutkan tentang hari pertunangan anak perempuan saya yg nombor 7 yang diadakan pada 12.6.2010. Nampaknya hari pertunangan itu semuanya berjalan dengan baik. Orang datang ramai, jamuan yang disediakan pun cukup, pihak lelaki dan pihak perempuan amat berpuas hati dihari berlansungnya pertunangan itu.

Sebagai bapa mahupun ibu barangkali tentulah hendakkan anak perempuannya berfkahwin segera. Semua itu ketentuan Allah SWT. Allah yg menentukan jodoh seseorang.

Alhamdulillah anak saya bakal menemui jodohnya. Dia baharu sahaja bertunang. Peretunangan ini juga saya tuliskan dalam fb.  Banyak orang yg wish saya. Alham dulillah. Tetapi ada juga yg perihatin itu memberfikan pendapatnya yang ikhlas dan jujur.

Ada yg komen bahawa bakal pengantin itu lebih manis lagi kalau memakai tudung.Tutup aurat. Inilah budak2 zaman sekarang. Tidak mahu mendengar cakap ibu bapa. Tidak dengar nasihat. Degil. Dah disuruh tetapi tidak mahu pakai.

Allahuakbar. Diharap anak2ku yg lain bertudunglah. Assalamualaikum....

1 ulasan:

  1. Salam Tn Hj,

    Pertamanya nak ucap tahniah diatas pertunangan awin agaknya kalau tak salah. Dulu2 masa kat Tampin dia kecik lagi duk main dengan anak-anak saya yang hampir sebaya dengannya.

    Sebenarnya Tn Hj macam-macam kita nak suruh anak-anak kita buat, kadang2 kita marahkan mereka kerana tak nak ikut apa yang kita suruh mereka buat.

    Kita suka tenguk orang bertudung, kita suka tengok anak2 solat tanpa disuruh dan macam2 lagi seperti yang dikehendaki dalam melaksanakan perentah Allah. Kita asuh dan tunjukan diri kita sebagai contoh. Tapi hakikatnya diri dan naluri mereka sendiri yang menentukan bila mereka dah boleh berfikir sendiri.

    Saya rasa perkara ini bukan saja dilalui oleh tn hj dan saya sendiri tetapi inilah yang menghantui semua ibu bapa bila anak-anak dah dewasa dan boleh berfikir sendiri. Serah kepada Allah untuk memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka. Kita hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa berada dijalan yang diredhai Allah. Satu hari , satu ketika mereka akan sedar apa yang kita ibu bapa rasai, insyaallah. Kata orang tua2 "anak sungai lagi berubah, inikan pula perangai manusia". Doa kita agar mereka berubah kepada yang baik akhirnya.

    Terima kasih. Salam untuk keluarga Tn Hj.

    BalasPadam