MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 5 Jun 2010

ISRAEL TAHU AKTIVIS ORANG AWAM - BH ON LINE

2010/06/05

PELAJAR warga Turki dan penduduk Sarajevo mengadakan bantahan terhadap kekejaman Israel menyerang kapal misi bantuan ke Gaza.Washington sudah beritahu status peserta misi ke Gaza

WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah memberi amaran kepada Israel bahawa konvoi misi bantuan Gaza hanya membawa aktivis dan bekalan kemanusiaan tetapi serangan terhadap kapal Mavi Marmara menunjukkan ‘nasihat’ Washington tidak dipedulikan rejim Zionis itu.

Perkara itu didedahkan oleh Philip Crowley, jurucakap Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton. “Kami beberapa kali berbincang dengan kerajaan Israel dalam masa beberapa minggu sebelum konvoi itu mula bergerak ke Gaza dan mereka memahami orang awam berada dalam kapal itu, termasuk warga Amerika. “Kami menggesa Israel mengambil sikap berhati-hati dan berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini, itulah yang dilakukannya,” kata Crowley.

Bagaimanapun, komando Israel bertindak menaiki dek kapal bantuan itu dan membunuh sembilan aktivis, seorang daripadanya warga Amerika keturunan Turki, Furkan Dogan.

Ditanya mengenai pertumpahan darah itu, Presiden Amerika Barack Obama, ketika diwawancara Larry King di Cable News Network (CNN), berkata: “Saya rasa kita perlu tahu apakah faktanya.”

Tetapi, pemimpin itu juga menyifatkan kebuntuan usaha damai Israel dan Palestin perlu dipecahkan kerana ‘status quo’ Asia Barat tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Bagaimanapun, Amerika juga memberitahu ia akan menyiasat kematian Furkan meskipun Biro Siasatan Persekutuan (FBI) belum terbabit buat masa ini.

Hillary memberitahu wartawan, pegawai Amerika memandang berat tanggungjawab melindungi kebajikan warga negara itu tetapi enggan memberi ulasan lebih lanjut.

Hillary mendedahkan, pegawai Amerika sering berhubung dengan kerajaan Israel bagi mendapat maklumat mengenai nasib warga negaranya termasuk seorang yang cedera dalam serangan terbaru itu.

Mayat mangsa serangan askar Israel berada di Istanbul sehingga bedah siasat dilakukan.

Crowley berkata, pegawai konsular Amerika melawat rumah mayat Israel bagi meneliti mangsa yang terbunuh tetapi beliau tidak tahu sama ada pegawai Amerika juga melawat Furkan selepas identitinya disahkan. – Agensi Komen Anda

KOMEN  OSMAN DOL: YAHUDI MEMANG ADA NIAT UNTUK MEMBUNUH KEPADA SUKARELEWAN2 YG TIDAK BERSENJATA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan