Ahad, 4 Julai 2010
CERITA BOLA SEPAK DI MANA-MANA...
SEBENARNYA aku tidaklah minat sangat bola sepak ini walaupun disuatu masa dahulu aku seorang pemain bola sepak diperingkat kampung dan daearah polis. Kata orang, aku sekadar boleh sepak bola saja. Permainannya tidak seberapa.
Kbetulan bola sepak piala dunia sedang berlansung diAfrika Selatan dan sedang asyik diperkatakan di mana-mana, maka aku pun turutlah mencelah atau mendengar apa yang diperkatakan oleh peminat-peminatnya di kedai-kedai kopi. Akhbar-akhbar, radio dan television begitu asyik memperkatakannya. Kadang2 penonton lebih bijak menilaikannya dari penadil dan pemain itu sendri.
Kaki judi pun mulalah mengadu nasib. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagaimana pertaruhan judi itu dilakukan. Kerana aku ini bukan kaki judi agaknya, kerana itulah agaknya bagaimana pertaruhan itu dilakukan aku tidak mengambil berat. Dan aku tidak tahu tentang judi bola.
Masa aku remaja dulu, sibuk dikatakan tentang pawang, bomoh, jin dan sebagainya. Satu pasukan yang dianggap kuat tetapi kalah, maka lawannya itu akan dikatakan pakai pawan g, bomoh atau pakai jin untuk mengalahkan lawannya. Entahlah. Wallahualam bs.
Dalam piala dunia kali ini beberapa pasukan yang dianggap kuat dan hebat telah pun kalah. Argentina, Portugal dan Brazil dah kalah. Italy juga dah balik kampung.
Surat2 khabar dah menyebut berbagai-bagai pasukan yang kalah itu.
Dalam fb pun sibuk. Nak ketawa dibuatnya. Mereka zahirkan pasukan mana yg mereka sokong. Bila palsukan itu kalah...bersoraklah mereka yg menyokong pasukan yang menang itu.
Aku sekadar mengikut perkembangannya saja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan