MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 1 Jun 2010

MALAYSIA KUTUK KEGANASAN ISRAEL - UM ONLINE.

BERITA UTAMA

Oleh NIZAM YATIM

nizam.yatim@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersalaman dengan kakitangan Maybank semasa melawat Menara Maybank, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Mei - Kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh dunia juga harus mengutuk serangan terhadap konvoi yang berada di perairan antarabangsa itu yang sepatutnya sebarang tindakan dalam bentuk ketenteraan tidak dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa.

''Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kekuasaan mengikut sesuka hati mereka.

''Ia dilakukan tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan ini boleh membawa kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa sama sekali.

''Oleh itu, seluruh dunia patut mengutuk dan mengecam kerajaan Israel sekeras-kerasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka yang juga presiden alumni berkenaan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Najib berharap insiden itu akan membawa kepada satu bentuk tindakan yang boleh dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk tindakan mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Israel.

''Kita sedang fikirkan mungkin kita akan mengusulkan supaya perkara ini dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB supaya satu ketetapan dibuat terhadap kerajaan Israel.

''Sama ada ia boleh dilakukan dengan segera, ia bergantung pada persetujuan dari negara-negara lain," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau sedang menunggu butir-butir perkembangan selanjutnya tentang apa yang berlaku.

''Kita belum dapat lagi apa-apa maklumat yang sahih tentang nasib rakyat Malaysia. Saya difahamkan ada beberapa rakyat kita yang berada di atas kapal tersebut yang telah diserang oleh pihak Israel," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib menggesa alumni pertubuhan belia membantu kerajaan menjelaskan kepada rakyat segala perubahan yang telah dan sedang dilakukan kerajaan bagi memastikan mereka dapat menerimanya dengan baik.

Perdana Menteri berkata, langkah untuk memperjelaskan agenda nasional itu boleh dilakukan melalui rangkaian sosial dan politik di peringkat nasional, negeri dan akar umbi yang dipunyai oleh alumni-alumni berkenaan.

''Kita kena berkomunikasi secara jelas dan tepat kepada rakyat supaya segala sesuatu yang baik yang dibuat oleh kerajaan untuk jangka panjang dapat diterima baik oleh orang ramai," katanya.

Sempena majlis berkenaan, alumni berkenaan menganugerahkan Darjah Bapa Pembangunan Belia kepada Najib.

KOMEN: TAHUDI INI SEBENARNYA SATU BANGSA YG TELAH DILAKNATKAN OLEH ALLAH SWT - DIA BANGSA YANG ZALIM DAN TIDAK BOLEH DIERCAYAI. APALAH YG BERUPAYA UNTUK KITA LAKUKAN  SELAIN DARI HANYA BERDOA KEPADA ALLAH SWT.  AMERIKA DAN NEGARA2 BARAT DAN NEGARA2 ARAB SENDIRI TIDAK BOLEH DIHARAPKAN - MEREKA TAKUTKAN YAHUDI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI TOLONGLAH SELAMATKAN NEGARA ISLAM ITU....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan