MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 5 Ogos 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....9


KISAH ini berlaku pada awal tahun 60an ketika umurku masih dalam belasan tahun. Aku dan beberapa orang rakan selalu turun ke bandar dengan kayuh basikal. Aku ke sekolah pun kayuh basikal juga.

Suatu petang rakan-rakanku mengajak aku tengok wayang mid night dipanggung lido. Entah apa ceritanya aku dah lupa. Aku menolak kerana aku tak ada duit. Tapi mereka sungguh-sungguh mengajaknya. Aku sangka tentulah mereka hendak belanja aku.

Jam 8.00 malam kamipun bergerak dari kampung ke bandar yang berjarak kira-kira 13 kilometer. Waktu nak beli tiket mereka minta duit dari aku. Aku ada 10 atau 20 sen saja. Aku bagi alasan hendak buang air kecil tetapi aku ambil basikal dan terus balik ke kampung. Seram juga bulu roma sedirian di tengah-tengah malam. Hati nak marah pun ada geram pun ada. Lama juga aku merajuk dengan mereka. Akhir kembali macam biasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan