MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 9 Ogos 2009

H1N1 MAKIN MENCABAR....

Sehingga kini sudah 18 orang meninggal dunia akibat penyakit H1N1 yang tentu amat membimbangkan kerajaan dan rakyat Malaysia. Penularan penyakit ini bagaikan suatu cabaran kepada umat Islam di negara supaya bertindak lebih tegas untuk menghapuskan penyakit ini. Yang menyedihkan kebanyakan yang meninggal itu orang Melayu sedangkan orang Melayu tidak makan babi.
Saya rasa kerajaan mesti bertindak tegas untuk mengurangkan ternakan babi di negara ini walaupun mungkin tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Kerana itu saya puji tindakan kerajaan negeri Kedah yang memusnahkan tempat pemeliharaan babi itu. Melaka, Johor dan lain-lain negeri patut mencontohi Kedah.
Guru agama saya, Ustaz Rahim al-Hafiz menisihatkan kita supaya membaca doa ini tiga kali pagi dan tiga kali petang selepas sembahyang subuh dan maghrib. Doanya ialah: Bismillahillazi layadhurrumaasmihi syaiunfil ardhi walaafissamaai wahuwassamiul alim" Amalkanlah, Insya-Allah kita akan terhindar dari penyakit H1N1. {kalau anda ikuti blog saya ini dan anda tidak dapat menyebut dengan betul doa ini sila bagitahu diruangan ulasan. Saya akan bagi nombor telefon saya untuk anda hubungi. Dan saya akan bacakan untuk anda ikuti.}
Anak gadis saya yang duduk di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, deman dan ada tanda-tanda seperti mengidap penyakit H1N1. Rakan sepejabatnya ada yang sudah dihinggapi penyakit ini.
Anak saya ke hospital besar KL, dari jam 9.00 mlm sehingga jam 1.00 pgi pemeriksaan masih belum dibuat. Akhinya anak gadis saya balik saja ke rumah dan keesokan paginya baharulah dia pergi ke hospital swasta untuk rawatan.
Lembab, kalau kena penyakit itu disuruh pergi ke hospital. Hospital buat tak kisah saja. Cakap tak serupa bikin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan