Manusia selalu lupa pada mati. Mati akan mencari sesiapa sahaja. Tidak ada pengecualiannya. Muhammad SAW adalah seorang Rasul dan Kekasih Allah SWT juga wafat.. Inikan pula kita hanya seorang hamba yang tidak ada sedikitpun kelebihannya.
Kerana lupa mati manusia terus bergelumang dengan dosa - berzina, menipu, mengumpat, membunuh, menabur fitnah dan berbagai-bagai lagi kemaksiatan yang mereka lakukan.
Bagaimana kalau mati sebelum bertaubat? Jangan fikirkan mati ini hanya untuk orang-orang tua sahaja. Mati tidak mengenal siapa. Bila tiba ajalnya - tua atau muda akan mengadap Allah.
Renung-renunglah diri. Selalulah suluh muka ke cermin. Kalau usia sudah menjangkau 50, 60 dan 70 tahun maknanya kita sudah tua. Sudah hampir kepada mati. Jangan ngada-ngada mengaku muda. Bertaubatlah.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita - LARILAH DARI NERAKA.
Ahad, 16 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan