Semasa menjalani latihan sebagai Inspektor Percubaan (PI) tahun 1975 sesuatu yang amat menakutkan telah berlaku kepada diriku. Ketika membuat senaman jasmani sebelah pagi yang dipimpin oleh Cikgu Zaidi (Sjn) telah menyuruh pelatih platon 5, termasuklah saya, melakukan jalan itik dan lompat katak. Latihan itu sebenarnya biasa sahaja. Semua pelatih disuruh buat begitu oleh jurulatih mereka.
Setelah lebih kurang 10 minit aku melakukan jalan itik dan lompat katak tiba-tiba aku terasa hendak terkencing. Akupun minta kebenaran dari jurulatih untuk ketandas. "Macam-macam kau Mad," kata Cikgu Zaidi. Namun aku dibenarkan pergi.
Ketika membuang air kecil itu, bukan air yang keluar tetapi ialah darah. Mencurat-curat darah keluar. Setelah puas, aku balik semula ke padang dan segera bagitahu dengan Cikgu Zaidi apa yang telah berlaku pada diriku. Aku terlalu takut. Aku tak tahu apa penyakit aku. Anda nak tahu apa Cikgu Zaidi cakap: "Jangan bohong Mad, saya tahu kau malas, sudah jangan nak temberang saya. Kau sihat itu...."
Aku kecewa sebenarnya. Tapi tidak memudharatkan diriku. Sejak kejadian itu, sehingga tamat latihan dan sehingga hari ini, kejadian keluar darah tidak berlaku lagi. Benar aku sihat. Alhamdulillah....
Jumaat, 21 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan