Dah tua begini semuanya tidak indah. Semuanya tidak cantik. Semuanya tidak bahagia dan tidak menyeronokkan. Betullah kata orang, dulu lain sekarang lain. Masa muda semuanya indah semuanya cantik. Bila dah tua begini.....
Bersyukur juga aku. Aku masih ingat diriku sudah tua. Aku masih ingat diriku sudah berada dihujung usia.
Aku bersyukur masih boleh makan dan minum. Masih boleh berjalan. Yang peting, aku masih boleh pergi ke masjid walaupun tidak tiap-tiap hari. Masih mampu sembahyang berdiri.
Paling bahagia orang tua kalau anak-anak mendengar kata. Kalau anak-anak taat kepada Allah. Tak pernah tinggal sembahyang. Kalau anak-anak menutup urat demi menjaga harga diri.
Paling kecewa orang tua kalau anak-anak derhaka. Tak sembahyang dan tak tutup urat.
Ingatlah, yang muda akan menjadi tua dan yang tua akan mati akhirnya..... Taatlah kepada Allah SWT.
(Gambar: aku sebelah kiri semasa muda ketika baharu sahaja masuk polis....20tahun umurku waktu itu. Disebelahku ialah adikku - nordin - juga sudah tua).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan