MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 10 Ogos 2009

IKTIBAR - TERKENCING DI RAUDHA




Kejadian berlaku ketika buat umrah dibulan Ramadan tahun 2006. Saya dan jemaah seramai lebih kurang 6 orang telah telahpun pergi menziarahi Makam Rasul SAW dan sembahyang sunat di Raudha. Walaupun kami pergi pada awal Ramadan tetapi orang sudah ramai. Berhimpit-himpit. Seorang sahabat sebilik saya, Haji Hamid (bukan nama sebenar) bagitahu saya selepas balik dari sembahyang Isyak, katanya: "Tadi aku dapat sembahyang selesa betul di Raudha." Dan kataku "Al-hamdulillah..." Kata Jemaah tu kepada saya: "Aku bagi duit dengan seorang polis. Polis itulah yang kawal aku. Orang lain tak boleh ganggu. Sedap aku sembahyang." Aku dan seorang lagi rakan sebilik hanya ketawa sahaja.
Esok malam dia bagitahu aku satu kisah yang amat memeranjatkan: "Tadi polis tidak kawal aku. Aku pergi sendirian di Raudha. Aku terkencing tadi semasa aku tengah sembahyang."
"Kenapa?" tanyaku.
"Entah," katanya.
"Ada bagitahu polis untuk bersihkan tempat itu?"
"Tidak," katanya.
"Astaghfirullah hil azim...." kataku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan