MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 13 Ogos 2009

IKTIBAR - JATUH KETIKA HENDAK TAWAF....


Tahun 2005 saya membuat umrah di bulan Ramadhan. Umrah bulan Ramadhan sedap. Berebut-rebut orang Arab hendak bersedekah dengan para jemaah ketika berbuka puasa.

Tapi bukan fasal berbuka puasa yang hendak kuceritakan - Aku hendak ceritakan kisah seorang sahabat sebilik denganku yang terlajak bercakap.

Kami ditempatkan ditingkat sepuluh. Lif pula selalu sesak. Dan ketika hendak menunggu lif sahabat sebilikm denganku itu berkata: "Kalau tingkat lima atau tingkat enam saja, aku lompat ini." Aku ketawa sahaja mendegar kata-katanya itu.

Hari itu semasa saya hendak buat tawaf umrah dengan sahabat ini; ketika dia hendak turun dari tangga terakhir didataran Kaabah itu, tiba-tiba dia terjatuh kerana tidak perasan anak tangga terakhir itu. Dia jatuh tersungkur. Kulihat kulit tangan kanannya di bahagian belakang tersiat agak panjang juga. Dia balut tangannya dengan kain ihram untuk kurangkan darah keluar.

Dia sedar di mana kesilapannya. Selepas itu dia tidak mahu bercakap besar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan