Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2010/05/20
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.Pengikut percaya Asaari tak mati
KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.
Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam. “Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.
KOMEN OSMAN DOL; SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KITA SEMUA DARI KESESATAN...
Khamis, 20 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Tn Hj,
BalasPadamManusia apabila terlampau taksub dengan sesuatu pegangan beginilah jadinya. Mereka dah tak nampak yang lain, kalau kita kata mereka sesat mereka marah kerana mereka menganggap mereka berada dijalan yang benar, yang sesat itu adalah kita.
Masa bertugas di Gemas dalam tahun 90 an saya pernah terlibat dalam operasi melumpuhkan kumpulan Al Arqam yang dipimpin oleh Ustaz Ashaari nih. Kawan2 saya pun ramai yang jadi ahli masa tu. Alhamdulillah saya tak terpengaruh masa tu.
Orang yang selalu terjebak dalam ketaksuban mcm ni adalah dari kalangan mereka2 yang belajar ilmu secara sembunyi2. Kononnya mereka belajar isi ilmu yang kita ada ni hanya kulit sahaja. Sebab tu la bila mereka hanya ada isi dan tak ada kulit mudahlah orang nak makan. Orang tak ada gigi pun boleh makan jugak la.
Akhirnya sama-sama la kita memohon petunjuk yang benar dari Allah agar kita sentiasa berada dijalan yang diredai olehnya.
Tq.