MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 5 November 2010

ALHAMDULILLAH - 2 - 0 BN MENANG DI BATU SAPI DAN RAMPAS GALAS.

(Muka hadapan akhbar Utusan Melaysia hari ini)

(Abdul Aziz Yusoff - YB baru Galas)
(Datin Linda Tsen Thau Lin -  YB baru Parlimen Batu Sapi)
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi hari ini sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan.

"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam ini.

Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata, beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."

"Saya beri jaminan janji-janji BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar dan memenangi semula kerusi Galas daripada Pas.

Najib yang juga Pengerusi BN berharap kemenangan itu satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna.

"Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir. "Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi," katanya.

Beliau berkata, dengan membuat perubahan secara berterusan, BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan begitu kukuh dan padu.

Najib turut berterima kasih kepada jentera BN yang dipimpin timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka telah bekerja dengan penuh semangat dan menunjukkan komitmen yang begitu kental sehingga mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang kerana menjadi pengarah jentera pilihan raya BN di Galas selain Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mengetuai jentera pilihan raya BN di Batu Sapi.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing turut bertungkus-lumus membantu di Galas dan Batu Sapi.

"Semua telah menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi untuk mencapai kejayaan walau menghadapi saingan begitu sengit sekali," katanya.

OSMAN DOL KOMEN:
 
Barisan Nasional tetap relevan. Harap2 BN terus kekal menjadi pemerintah. BN tetap mengutamakan hak orang Melayu dan memberi keistimewaan kepada bukan Melayu. BN mempunyai pemimpin2 yang berkebolehan, besih, warak dan tidak zalim. Akhlak pemimpin2 BN terutamanya UMNO amat baik cuma ada sedikit2 saja calarnya. Saya tidak mahu membandingkan UMNO dengan parti2 lain - yg jelas UMNO adalah parti yg terbaik setakat ini. Alhamdulillah....BN menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan