OSMAN DOL
Anak-anak aku dah bijak betul dengan fb ini. Merekalah yang mengajar aku main fb ini. Sedasngkan ada diatara mereka yang dah jemu dah.Tapi aku yang sudah berusia 66 tahun ini sedang asyik menggilainya.
Sebenarnya memang melekakan juga fb ini. Macam-macam yang boleh kita lakukan di situ. Aku berterima kasih juga dengan fb kerana aku dapat merapatkan siraturrahimku dengan beberapa rakan yang telah lama tidak ku temui - seperti Norhisham Mustaffa, Dr. Radzuan Ibrahim, Che Azmi Bidin, Tahrim Salleh, Latip Talib dan ada beberapa orang lagi. Dan ada juga rakan penulis yang belum bersua muka denganku seperti Puan Sri Diah, Darma Muhammad, Ariff Muhmmad dan lain-lain. Alhamdulillah.
Aku juga mendapat ramai kawan2 baru. Antaranya yang selalu berhubung dengan aku ialah TUAH ATAN seorang peguam. Dia seorang insan OKU yang gigih dan tidak mengenal erti jemu dan bosan. Dia HEBAT.
Sebenarnya macam-macam yang boleh kita tuliskan dalam fb itu. Aku dan beberapa rakan yang lain minat menulkis tentang agama. Berdakwah melalui fb. Mendidik remaja2 kita supaya jauhkan diri dari dadah, rempit, bohsia dan lain2. Tetapi ada juga yang minat menulis cinta, kasih, sayang sambil pujuk memujuk dan rayu merayu.
Aku tertarik dengan seorang wanita yang bernama ct (biar itu saja yang kusebutkan) yang pasti dia seorang guru, sekarang mengajar di Keluang dan berasal edari Pulai Chondong, Kelantan. Itu katanya ketika bersimbang dengan aku di dinding fbnya.
Pada gambarnya dia memang cantik. Kletah bercakap. Manja lagi. Pandai pula melayan setiap orang yang ingin berinteraksi dengannya. Sesiapa pun dia layan dengan baik.
Yang menariknya, hari 2 dia bertukar wajah. Kalau dia sedih, dikeluarkan gambar sedihnya. Kalau dia marah, gambar marahnya dikeluarkan. Kalau biasa saja dia akan terSENYUM panjang. Dia memang jelita yang dapat memikat rakan-rakan fbnya.
Benarkah dia masih solo? Adakah dia sengaja ingin mencari publisiti begitu padahal dia sudah bertunang atau menjadi iseri orang. Wallahualam.
Aku memang minat berinteraksi dengannya. Bercakap secara gurau-guraulah. Tak disangka2 ada pula orang yang cemburu. Dia menulis melalui pesanan, Osman telah berkahwin. Teperanjat aku. Takkanlah umur dah macam ini tak kahwin lagi. Lagipun kami tak pernah sentuh tentang kahwin dan sebagainya. Cinta pun tak pernah cakap. Siapalah agaknya yang punya kerja itu?
Tapi aku puji dia. Dia memang padai berinteraksi secara bergurau. Teruskan CT.
Salam Tn Hj.
BalasPadamDalam Fb ni pun ada orang cemburu jugak ka? Nasib baik isteri saya si lily tu ok, agaknya pasal saya tak pernah sembunyi apa-apa kat dia kut. Kalau dia baca apa yang saya tulis dalam Fb tu dia akan anggap saya gurau2 je dengan anak2 buah dan rakan2. Ya le kita ni dah kira golongan penghujung, umor dah lebih separuh abad.
Bagi saya sendiri seronok berintraksi dalam Fb ni termasuk dengan anak-anak yang tak tinggal bersama. Mereka semua rakan Fb saya.
Tq.
ISTERI DAN ANAK2 OK AGAKNYA. MEREKA TAHU KITA SUKA2 SAJA. KITA SELALU BERMUASABAH DIRI. ENTAH SIAPALAH AGAKNYA - TIBA2 DIA TULIS "OSMAN DOL SUDAH KAHWIN" BODOHNYA DIA. TAPI TAK BOLEH KESANLAH TUAN. DIA RASA SAYA CAKAP ITU MACAM BETUL2....HAHAHAHA...MANA ADA BETUL. ORANG MACAM SAYA TUNGGU MASA UNTUK MENERIMA HUKUMAN....HOOOOOOO.....
BalasPadam