Ini puisi ke tigaku tahun 2012 tersiar 4.3.2012. Alhamdulillah. Sebulan tersiar satu pun sudah cukup. Tidak kira cerpen atau sajak.....
Ahad, 4 Mac 2012
Isnin, 27 Februari 2012
Ahad, 26 Februari 2012
HARI MINGGU YANG DINANTI-NANTI OLEH KAUM PENULIS.
Seorang rakan penulis dari utara tanah air pernah menulis dalam blognya menyatakan bahawa Hari Minggu adalah hari yang dinanti-nantikan oleh kaum penulis. Mereka ingin mempastikan sama ada karya mereka tersiar atau tidak. Aku akui benar apa yang disebutkan oleh rakan penulis situ. Dari dulu sehingga sekarang hari Minggu memang hari yang aku nanti-nantikan. Pernah ketika aku duduk di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, menaiki motosikal sejauh 15 kilometer semata-mata hendak membeli akhbar. Waktu itu tidak ada akhbar dijual di pekan kecil itu. Dan aku masih ingat, di hari Minggu, jam 10 pagi, aku ke Pasir Puteh menunggang motosikal, sampai di suatu selekoh, aku terbabas dan terhumban dalam sawah yang kering. Motosikal Lambretta aku hancur. Ramai yang menyangka aku meninggal dunia kerana ada rakan-rakan yang datang ziarah aku menyatakan aku meninggal dunia. Sebenarnya aku cuma cedera sedikit saja.
Bila cukup bulan begitu juga. Kita akan menanti-nanti sessuatu majalah terbit sekiranya kita ada menghantar cerpen atau sajak dalam majalah itu.
Tepat apa yang disebut oleh rakan penulis Mohd Hilmi Ahmad. Menjadi suatu nostalgia ketika aku muda-muda dahulu yang menghantar cerpen dalam majalah atau akhbar.

Ahad, 5 Februari 2012
BILAKAH AGAKNYA.......?
SEJAK mula berkarya di awal tahun 60an aku telah menghasilkan hampir 200 buah cerpen. Ada diantara cerpen-cerpen yang kuhasilkan itu memang bermutu. Aku rasa hendak mengumpulkan semua cerpen-cerpenku yang baik itu untuk diantolojikan. Tetapi hendak menaip semula itu.....doh, doh, doh.....malasnya. Setakat ini aku cuma baharu ada 2 buah sahaja antoloji cerpen sendiri. Antoloji cerpen bersama memang banyak. Bilakah agaknya aku dapat menyiapkan antoloji cerpen itu.......?
Minhad ialah novel kanak-kanak. YANG MANA SATU antoloji cerpen remaja.
Sabtu, 4 Februari 2012
PUISI "TAK JEMU"
PUISI KEDUA KARYAKU PADA TAHUN 2012 YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN WARTA PERDANA. ALHAMDULILLAH. SYUKUR....
TERSIAR DALAM MINGGUAN WARTA PERDANA PADA 12.2.12.
Rabu, 18 Januari 2012
AKU HANYA SEKADAR BOLEH BERKARYA SAJA.....
BILA diingat-ingat zaman mula-mula aku berkarya dulu rasa macam tidak percaya saja. Begitu kuat minatku di bidang penulisan ini. Itu sebebenarnya sesuatu anugerah Allah.
Mula-mula berkarya dulu aku menulis pakai tangan saja. Bila beli mesin-taip barulah menulis dengan mesin-taip. Bertambah rajin aku. Aku tidak pernah merasa jemu dan bosan walaupun banyak juga karya-karya aku yang dibakul sampahkan.
Bila sudah berumur begini barulah aku insafi bahawa aku tidak semampu berbanding zaman muda-muda dulu. Sekarang aku sering ditekan rasa malas. Bila lama sangat mengadap coputer mata pula jadi kelabu.
(CERPEN PERTAMA YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN MALAYSIA 19.11.67)
Walaupun telah sekian lama aku menulis; seperti yang selalu aku ungkapkan, karya-karyaku tidak begitu
baik walaupun memang aku pernah menang beberapa peraduan menulis cerpen, novel dan drama. Tetapi namaku tidaklah sehebat Azizi Hj Abdulllah. Aku hanya sekadar boleh berkarya saja.
Apa-apa pun aku teramatlah bersyukur kepada Nya. Dia yang menghidupkan aku, Dia yang memberi aku rezeki dan Dia yang menganugerahkan bakatku sebagai seorang penulis.

Isnin, 16 Januari 2012
Khamis, 12 Januari 2012
BUDI ARIFIN BERKARYA SEMULA.....
BUDI ARIFIN
Selasa, 10 Januari 2012
MOHD HELMI AHMAD YANG RAJIN BERKARYA...TAHNIAH.
Syabas. Itulah yang boleh saya katakan kepada Mohd Helmi Ahmad seorang penulis dari utara yang begitu aktif berkarya. Bulan January 2012 ini saya ternampak tiga buah cerpennya tersiar. Sebuah dalam Harmoni, Jelita dan sebuah lagi dalam Perdana. Mungkin ada tersiar ditempat lain yang tidak saya ketahui.
Saya tidak sempat untuk membaca cerpen-cerpennya. Tetapi saya yakin karya-karyanya bermutu, kalau tidak masakan karya-karyanya disiarkan.
Harus juga diingatkan yang penting dalam berkarya ialah mutu karya bukan banyak karya yang tersiar. Kita perhatikan Zean Kasturi dan S.M. Zakir....tidak banyak karyanya yang tersiar. Kedua-dua anak muda itu telah dipilih sebagai pemenang S.E.A. Write Award. Mungkin karya-karyanya yang tersiar itu amat baik yang melayakkan dia untuk dipilih sebagai SEA Write Award.
Saya sendiri diawal tahun-tahun 70an dianggap penulis yang begitu rajin menulis. Ini terbukti bila seorang Pengkaji DBP menulis dalam majalah Dewan Bahasa menyatakan saya dan dua orang yang lain (dah lupa namanya) dianggap penulis amat rajin.
NORA (HAJI ALI HAJI AHMAD) juga menegur saya menerusi seorang rakan penulis RAHIM TAHIR menasihatkan saya supaya menghasilkan karya-karya bermutu. Bukan banyak katanya, tetapi bermutu. Saya hormati pendapatnya itu.
Allahyarham Azizi Haji Abdullah seorang penulis yang amat rajin menulis. Dia tidak setakat rajin, karya-karyanya pun amat bernilai. Kita boleh banyak menghasilkan karya kalau kita mampu, pastikan karya kita benar-benar berharga.
Tulisan saya ini saya tujukan kepada semua penulis muda. Terima kasih.
Isnin, 2 Januari 2012
SAJAK TERBARU DALAM UNTUSAN MELAYU MINGGUAN - 2.1.12.
Nama penulis itu keliru sikit. Nama sebenar aku AHMAD BIN DUGOL dan OSMAN DOL sebenarnya nama samaranku. Apakah ini satu permulaan yang baik bagiku untuk tahun baru ini.
Ahad, 1 Januari 2012
BENARKAH DIA YANG PERNAH KU PUJA - CERPEN PERTAMA TERSIAR DALAM BERITA MINGGU.
Sebelum ini telah ada beberapa buah cerpenku tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah-majalah. Dan cerpen ini pertama kali tersiar dalam Berita Minggu. Apa yang mendukacitakan saya, pengarang cerpen ini ditulis PENULIS MUDA saja. Saya rasa tidak puas hati lalu pergi ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Datuk A. Samad Said untuk bertanya kenapa nama saya tidak ditulis? Apa masalahnya? Datuk A. Samad Said cakap, dia siarkan cerpen ini atas nama Penulis Muda kerana belum yakin saya boleh menulis cerpen yang sebaik ini. Dia bimbang sekiranya saya ceduk cerpen orang lain. Mudahnya dia jawab. Tapi saya tidak rasa apa-apa. Saya terus juga menulis di Berita Minggu. ...
CERPEN INI TERSIAR MUNGKIN PADA HUJUNG TAHUN 67 ATAU AWAL TAHUN 1968. Aku akan tulis tarikhnya nanti kalau menemui catatan yg telah kubuat. Dan selepas cerpen ini, banyak sekali cerpen-cerpen lain tersiar dalam Berita Minggu. Terima kasih Datuk A. Samad Said.
Cerpen ini tersiar dalam Berita Minggu pada 28.12.69 yaitu cerpen yang ke 23 tersiar di akhbar-akbar dan majalah-majalah.

Langgan:
Catatan (Atom)