Syabas. Itulah yang boleh saya katakan kepada Mohd Helmi Ahmad seorang penulis dari utara yang begitu aktif berkarya. Bulan January 2012 ini saya ternampak tiga buah cerpennya tersiar. Sebuah dalam Harmoni, Jelita dan sebuah lagi dalam Perdana. Mungkin ada tersiar ditempat lain yang tidak saya ketahui.
Saya tidak sempat untuk membaca cerpen-cerpennya. Tetapi saya yakin karya-karyanya bermutu, kalau tidak masakan karya-karyanya disiarkan.
Harus juga diingatkan yang penting dalam berkarya ialah mutu karya bukan banyak karya yang tersiar. Kita perhatikan Zean Kasturi dan S.M. Zakir....tidak banyak karyanya yang tersiar. Kedua-dua anak muda itu telah dipilih sebagai pemenang S.E.A. Write Award. Mungkin karya-karyanya yang tersiar itu amat baik yang melayakkan dia untuk dipilih sebagai SEA Write Award.
Saya sendiri diawal tahun-tahun 70an dianggap penulis yang begitu rajin menulis. Ini terbukti bila seorang Pengkaji DBP menulis dalam majalah Dewan Bahasa menyatakan saya dan dua orang yang lain (dah lupa namanya) dianggap penulis amat rajin.
NORA (HAJI ALI HAJI AHMAD) juga menegur saya menerusi seorang rakan penulis RAHIM TAHIR menasihatkan saya supaya menghasilkan karya-karya bermutu. Bukan banyak katanya, tetapi bermutu. Saya hormati pendapatnya itu.
Allahyarham Azizi Haji Abdullah seorang penulis yang amat rajin menulis. Dia tidak setakat rajin, karya-karyanya pun amat bernilai. Kita boleh banyak menghasilkan karya kalau kita mampu, pastikan karya kita benar-benar berharga.
Tulisan saya ini saya tujukan kepada semua penulis muda. Terima kasih.
Terima kasih ayahanda. Saya terharu dengan penghormatan ayahanda terhadap entri kali ini. Ya ada insyaallah akan saya ikuti nasihat ayahanda semoga karya yang terhasil itu bukan sahaja menitik beratkan kuantiti sebaliknya kualiti juga perlu dijaga.
BalasPadamJangan jadi seperti ayahnda yg tidak sampai ke mana...
BalasPadamMaksud ayahanda? Bukankah ayahanda sudah berjaya dalam dunia penulisan. Tahniah!
BalasPadamTerima kasih anaknda. Ayahnda ini sekadar boleh berkarya saja....syukur sesangat kepada Allah SWT yang menganugerahkan sedikit bakat di bidang ini...
BalasPadam