PEMIKIRAN YANG MENYERU KEARAH KETAKWAAN, KEIKHLASAN DAN SAYANG MENYAYANGI SESAMA INSAN.
MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.
Rabu, 8 Mei 2013
DAH LAMA AKU MENDIAMKAN DIRI - MAAF.
Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Balik dari umrah saya kurang sihat sebenarnya. Sekarang alhamdulillah. Doakanlah rakan-rakan yang membaca blog saya ini agar saya terus sihat dan sejahtera. Amin.
KUMPULAN CERPEN & SAJAK BERSAMA TERBITAN 2011 IKATAN PERSURATAN MELAYU (IPM) MELAKA.
OSMAN DOL
NOVEL BARUKU 'SUATU TRAGEDI...'
KUMPULAN CERPEN - MIMPI SEORANG HARTAWAN
50 TAHUN BERKARYA....
OSMAN DOL dan penulisan memang tidak dapat dipisahkan. Sudah lebih dari 50 tahun Osman Dol perhambakan dirinya di bidang ini. Walaupun umurnya kini telah menjangkau 65 tahun (23.12.1944) beliau tetap aktif menulis. Sehingga kini beliau telah menghasilkan hampir 200 buah cerpen, 18 buah novel, 2 buah antologi cerpen dan berpuluh-puluh buah drama radio dan beberapa buah sajak. Selain dari penulisan kreatif, beliau juga banyak menulis rencana-rencana agama dan sastera. Antara novel-novel beliau yang pernah diterbitkan ialah: 1) LARI DARI NERAKA - Pernerbitan Marwilis - 1992. 2) PENENTUAN - DBP - 1995. 3) WIRA KAMPUNG TENGAH - DBP - 1991. 4) MEMBURU KEAMANAN - DBP - 1996. 5) NANING BERDARAH - DBP - 1992. 6) SINAR DAMAI - DBP - 2004. 7) DELIMA CINTA - Rhythm - 2001. 8) MUZIK DAN BAKTI - UTUSAN MELAYU - 1981 9) WARKAN CENDERA - Creative - 1993. 10) SINAR DI PUNCAK MAHLIGAI - Marwilis - 1992. 11) SUATU TRAGEDI - TULIP PUBLICATION - 2011. Dua buah antologi cerpen beliau yang pernah diterbitkan ialah: 1) MIMPI SEORANG HARTAWAN - DBP -1991. 2) YANG MANA SATU - DBP - 1993. Osman Dol hanya berkelulusan STP sahaja dan berkhidmat dalam PDRM sehingga bersara pilihan tahun 1998 ketika berusia 53 tahun. Tugas terakhirnya ialah sebagai Pegawai Pendakwa dari PDRM dengan pangkat terakhir Ketua Inspektor. Beliau menjadi Pegawai Pendakwa selama 12 tahun di Mahkamah Tampin, Gemas dan Rembau, Negeri Sembilan. Kini beliau seorang pesara sepenuh masa. Selepas bersara beliau memilih untuk menetap di Kampung Durian Tunggal, Melaka, bumi kelahirannya. Menyentuh soal penulisan itu, Osman Dol juga pernah memenangi beberapa hadiah penulisan. Antaranya: 1) Menang hadiah menulis skrip drama pentas anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan - 1971. 2) Menang hadiah menulis novel unsur Islam anjuran Persatuan Pendidikan Islam - 1981. Tajuk novel LARI DARI NERAKA. 3) Hadiah menulis cerpen 100 tahun Kuala Lumpur dengan cerpen bertajuk PERISTIWA LAMA - 1991 - anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 4) Menang hadiah utama menulis cerpen anjuran majalah Varia Pop dengan cerpen bertajuk GELISAH SEORANG PEGUAM - 1995. 5) Hadiah cerpen unsur Islam bertajuk KEDAMAIAN SEORANG IMAM - Anjuran Yayasan Pelajaran Islam - 1991. 6) Hadiah menulis novel remaja anjuran RAN Pub. Sdn. Bhd. - 2004. Novel beertajuk PERKASA CINTA. Osman Dol juga berbakat dalam teater. Semasa dalam belasan tahun beliau telah diberi kepercayaaan untuk mengarang dan mengarahkan sebuah drama sebabak bertajuk DAGANG DI AMBANG SORE tahun 1962 di Dewan Perbandaran Melaka sempena sambutan hari belia se Malaysia. Allahyarham Usman Awang dan Firdaus Abdullah turut hadir menyaksikan beberapa acara yang disediakan. Osman Dol diberi kepercayaan oleh Allahyarham Datuk Ahmad bin Haji Abdullah selaku pengerusi persatuan belia Angkatan Setia Jaya (ASJ) untuk mengarang dan mengarah drama sebabak itu. Di Singapura Osman Dol pernah mengarahkan sebuah drama purba sebabak bertajuk BIAR DARAH MENGALIR di Orchard Road tahun 1965. Semasa di Kelantan pula Osman Dol pernah mengarang dan mengarahkan dua buah drama masing-masing bertajuk MENDUNG TIDAK BERARAK LAGI dan MAT KELANTAN tahun 1969. KARYA-KARYA TERBARU SEPANJANG TAHUN 2009: 1) Cerpen - DAYUS - Mingguan Perdana (MP) - 1.1.09 2) Cerpen - AKU MESTI TERUSKAN - Dewan Sastera (DS) Jun 2009. 3) Cerpen - MAAFKAN AKU ABAH....(MP) - 7.6.09. 4) Sajak - SENJA MENITI USIA ....(MP) - 14.6.09. 5) Sajak - BINALAH SUATU KEKUATAN ...(MP) - 19.7.09. 6) Cerpen - HANTU BUKIT GONDOL - (MP) - 16.8.09. 7) Sajak - MASIH BERSAJAK - (MP) - 20.9.09. 8) Sajak - DIPERSINGAHAN INI - (DS) - Oktober 2009. 9) Sajak - SAJAK UNTUK SEORANG PEJUANG - (BERITA HARIAN SABTU) - 24.10.2009. 10) Cerpen - TANAH TIGA EKAR - (MP) - 1.11.2009) 11) Sajak - BINALAH SEBUAH ISTANA - Utusan Melayu Mingguan - 9.11.2009 12) Cerpen - KERANA ANAK - Harmoni 15.12.09. 13) Cerpen - ANAK PAK JAMIL - (MP) 20.12.09. 14) SAJAK - TERPINGGIRNYA SEORANG PEJUANG - WASILAH - 13.12.09. KARYA-KARYA SEPANJANG TAHUN 2010 1) SAJAK - SEORANG LELAKI TUA -DEWAN SASTERA JANUARI - 2010. 2) SAJAK - AKU BAGAIKAN SEORANG PENGEMBARA - BERITA HARIAN SABTU - 23.1.10. 3) CERPEN - JUARA KERBAU RAJA - HARAKAH 1 - 4.2.10 4) SAJAK - DIA TELAH NENGERTI - HARAKAH 1 - 4.2.10. 5) SAJAK - AKU MENYAPANYA LAGI - HARAKAH 15 - 18.2.10. 6) CERPEN - PUSARA ATUK -MINGGUAN PERDANA - 21MAC 2010. 7) SAJAK - SYAITAN SELEPAS SENJA -FORUM PERDANA - APRIL 2010. 8) CERPEN - WANG HANGUS - REALITI - MEI 2010. 9) SAJAK - IBU BAPA DURJANA - WANITA JULY 2010. 10) SAJAK - DIRI -DEWAN SASTERA - JULY 2010. 11) SAJAK - SEHINGGA KE HUJUNG NYAWAMU - Sabtu 24 July 2010, Berita Harian. DEWAN SASTERA OGOS 2010 MEMILIH AKU SEBAGAI KARYAWAN BULAN INI. KARYA-KARYAKU YANG TERSIAR IALAH: 12) CERPEN - KE MANA HILANGNYA SALMAN - 13) SAJAK -DIA DATANG LAGI - 14) SAJAK - SETELAH TIADA KASIH IBU - 15) SAJAK - TARIAN SEORANG DURJANA - 16) SAJAK - SENJA - 17PANTUN - PANTUN RAMADHAN - 18) CERPEN - WANA - MP 6.11.2010 19) Novel remaja MINHAD - 2010 DBP 20) CERPEN - CEMBURU - MP 9.1.11 (Tapi aku meanggapnya cerpen terakhirku pada tahun 2010 kerana akhbar ini terbit 10 hari lebih awal) KARYA YG TERSIAR SEPANJANG TAHUN 2011 1) SAJAK "KAU DATANG LAGI" - BERITA HARIAN SABTU. Karya sastera pertama tahun 2011 .. (1.1.11) 2) NOVEL "SUATU TRAGEDI...." - TULIP PUBLICATION. terbitan pertama tahun 2011. 3) SAJAK "KONONNYA" - MINGGUAN PERDANA 23.1.2011. 4) Sajak "TERUSKAN PERJUANGAN" - BERITA MINGGU 14.2.2011. 5) Kumpulan cerpen: MIMPI SEORANG HARTAWAN ulang cetak 2011. 6) Antologi cerpen dan sajak bersama, OMBAK & PANTAI terbitan tahun 2011 oleh IKATAN PERSURATAN MELAYU MELAKA (IPM) 7) CERPEN DALAM UTUSAN MELAYU MINGGUA: PERBINCANGAN YANG BELUM SELESAI PADA 28.3.2011. 8) CERPEN DALAM "MINGGUAN WARTA PERDANA" TERSIAR PADA 16.10.2011 BERTAJUK "BERKAT DOA..." 9) SAJAK BERTAJUK: "WAJAHMU DI MANA-MANA DASLAM MINGGUAN MALAYASIA." 16.10.11. Terima kasih Mingguan Malaysia. 10) TERIMA KASIH PM: Sajakku yang tersiar dalam BERITA MINGGU 23.10.2011. Terima Kasih Berita Minggu. 11) CERPEN DALAM MINGGUAN PERDANA 20.11.11 NOSTALGIA DITANAH SUCI. TERIMA KASIH MINGGUAN PERDANA. 12) Sajak MARI MELANGKAH KE LEMBARAN BARU -MINGGUAN MALAYSIA - 11.12.11. 13) Cerpen dalam MINGGUAN WARTA PERDANA - HUSIN TEMBAKAU - 25.12.11. SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2012 - SEMOGA TAHUN INI ADA KARYAKU YANG TERSIAR.
1) Sajak dalam Utusan Melayu Mingguan: KAU DATANG LAGI - 2.1.12.
2) Sajak ke 2 dalam Mingguan Warta Perdana 12.2.2012
bertajuk TAK JEMU. 3) Sajak ke 3 Mingguan Malaysia 4.3.2012 bertajuk AKU INGIN MELAGUKAN.
4) Sajak ke 4 Mingguan Malaysia 25.3.2012 bertajuk LANDASAN KEBENARAN.
5) Cerpen "KOMUNIS" Metro Perdana April 2012.
6) Sajak "KASIH IBU DAN BAPA" Metro Perdana April 2012.
7) Cerpen "ALMARI CERMIN" Dewan Sastera Mei 2012.
8) Puisi "SAMPAI DI SINI" Dewan Sastera Julai 2012.
9) Cerpen "Seindah Taubat" Farduain Edisi 13.
10) Cerpen "BUANG YANG KERUH" dalam Mingguan Warta Perdana 12 Ogos.
Tahun 2013
Tahun 2013 ini cuma pantun yang tersiar dalam Ujana Klasik berjuk 'JAUHKAN SIKAP YANG KEJI' Tersiar dalam DEWAN SASTERA Mei 2013. Alhamdulillah....
INDAHNYA PEMANDANGAN IBU KOTA DARI PEMBENTUKAN PELANGI DIRUANG UDARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan