MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 18 Disember 2011

PENYAKIT OH PENYAKIT

PADA 19.9.70. sebuah cerpenku bertajuk REBAH tersiar dalam Mingguan Malaysia. Cerpen itu bukan rekaan semata-mata, tetapi memang ada sedikit kaitannya dengan diriku. Aku memang selalu dihinggapi penyakit pengsan dan rebah sejak mula aku mengenali dunia penulisan ini.

SEMASA manjadi anggota polis di Singapura aku selalu rebah di bilik air. Kadang-kadang tidak ada sesiapa yang menyedari aku pengsan. Selepas 5 atau 10 minit aku sedar sendiri.

KETIKA di Kelantan juga begitu. Sedang elok mandi aku jatuh dan pengsan. Bila pergi ke klinik, doktor kata aku sihat, tidak ada penyakit.

APAKAH kerana memerah otak untuk mengarang itukah yang menjadi punca. Wallahualam. Tetapi setelah aku beranak pinak, penyakit itu terus lari meninggalkan aku. Aku merasa lega. Dan sejak beberapa tahun ke belakang ini lain penyakit pula yang menimpa aku. Sudah lebih lima tahun aku menjadi pengidap penyakita KENCING MANIS, DARAH TINGGI DAN LEMAH JANTUNG. Dan baru-baru ini penyakit KELEBIAH KOLESTROL pula dikesan pada badan ini.

AKU reda menerima kadak dan kadar dari Allah SWT itu. Penyakit itu ujian dari Allah. Harap-harap kaki dan tanganku tidak dipotong dari penyakit ini. Amin.

8 ulasan:

  1. Sekali lagi saya terasa kagum dengan semangat menulis Ayahanda. Tatkala Ayahanda menerbitkan entri berkenaan himpunan koleksi karya bait puisi mahupun cerpen yang disiarkan lama mahupun baru saya terasa ada semangat yang menyerang diri saya untuk menulis. Saya harap selepas ini Ayahanda akan menerbitkan lagi cerita berkenaan karya-karya itu semoga mencetus semangat bukan kepada saya seorang tetapi kepada penulis-penulis baru yang lain. Tahniah!

    BalasPadam
  2. Terima kasih anaknda. Begitulah harapan ayahnda agar apa yang kita hasilkan dapat dimamfaatkan oleh pembaca. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. Jika tidak keberatan bolehkah Ayahanda Osman memberitahu saya bilangan sebenar karya (cerpen dan puisi)Ayahanda yang pernah tersiar di media. Saya tahu Ayahanda mempunyai sistem rekod karya yang cukup baik.

    BalasPadam
  4. Anaknda, ayahnda ada catatkan dalam catatan 50 TAHUN BERKARYA. Tapi tidaklah cara teperinci. Harap anaknda semak. Cumanya novel tambah sebuah lagi. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Anakanda sudah memabacanya sebelum ini. Adakah jumlah cerpen yang tersiar sudah mencecah 250? Puisi pula tidak dinyatakan secara perinci. Adakah sudah mencecah 100 buah?

    BalasPadam
  6. Cerpen belum sampai 250 buah lagi. 200 lebih sedikit. Sajak belum sampai 40 buah. Masa muda ayahnda minat menulis cerpen, novel, drama radio/tv, rencana-racana agama dan sastera. Sekarang dah macam tak mampu lagi nak tulis cerpen. Ayahnda beralih angin pulalah, tulis sajak....

    BalasPadam
  7. Tapi Husin Tembakau itu tandanya ayahanda masih mampu menulis. Anakanda menyokong ayahanda. Saya masih mencuba untuk melihat karya tersiar di Dewan Sastera, nampaknya belum ada rezeki. Begitu juga di Mingguan Malaysia. Bentengnya agak kukuh. Anakanda berhasrat mahu kumpulkan puisi dan cerpen anakanda yang pernah tersiar dan dijadikan buku kumpulan cerpen dan puisi. Tapi tidak tahu bagaimana.

    BalasPadam
  8. Dewan Sastera memanglah rumit sikit, kena cuba selalu dan jangan bosan. Mingguan Malaysia ok rasanya, hantarlah selalu.
    Sebagai penulis ayahnda akan terus menulis selagi bernyawa.Tidak kira dimana karya kita disiarkan. Dalam usia semacam ini, DS, BM dan MM memang susah sikit. Tak apalah itu. Janji ada akhbar yang mahukan karya kita walaupun tanpa bayaran. Selamat menulis.

    BalasPadam