HATINYA SENTIASA BERDARAH tersiar dalam majalah SATERIA MALAYSIA Mei 1965. Majalah ini diteribitkan oleh tentera dan polis Singapura. Terlalulah gembiranya aku bila menerima majalah ini. Aku belanja rakan-rakanku makan. Mereka juga turut gembira.
Sejak cerpen pertama ini aku tidak bertangguh lagi. Aku terus mengilap bakatku. Akhirnya terlalu banyak cerpen-cerpenku yang tersiar di berbagai akhbar dan majalah. Boleh dikatakan, setiap akhbar atau majalah yang ada menyiarkan cerpen, maka cerpenku pasti terpilih. Alham dulillah.
Tahniah ayahanda. Namun malangnya kami tidak dapat membacanya sekadar mampu menatap gambarnya sahaja.
BalasPadamCuma suatu nostalgia bila cerpen pertama tersiar - nak kongsikan perasaan. Terima kasih.
BalasPadam