MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 26 November 2010

BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA - JEMBATAN BARU GANTIKAN TAMBAK JOHOR...

Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Thierry Pilenko (kanan) mengenai kabel saluran minyak pada majlis perasmian Kilang Asiaflex Products di Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 25 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan perlu mengkaji secara mendalam saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perlunya jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor.

Perdana Menteri berkata, pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos.

"Kita kena kaji dulu (pembinaan jambatan baru) sebab banyak implikasi dari segi perundangan, kos dan obligasi kerajaan Pusat dan kerajaan Singapura," katanya ditemui selepas merasmikan kilang Asiaflex Product milik Technip Malaysia Sdn. Bhd. di Tanjung Langsat, Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Technip Malaysia, Bernard di Tullio; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksektutif Technip Malaysia, Therry Pilenko.

Perdana Menteri diminta mengulas saranan Sultan Ibrahim baru-baru ini yang berharap kerajaan Pusat tetap mempertimbangkan pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang merentasi Selat Tebrau menghubungkan Johor dengan Singapura.

Sultan Ibrahim dalam titah baginda sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 Isnin lalu mengulangi hasrat baginda supaya kerajaan mempertimbangkan pembinaan jambatan baru itu untuk menggantikan Tambak Johor.

Baginda berpendapat, jambatan baru itu bukan sahaja akan memudahkan lebih 250,000 rakyat negara ini yang kini bekerja di Singapura untuk berulang-alik setiap hari, malah memudahkan rakyat negara jiran itu melancong ke Malaysia.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim telah beberapa kali melahirkan hasrat tersebut kerana menurut baginda, jambatan baru itu amat penting kepada rakyat kedua-dua negara.

Komen: PADA PANDANGANKU PATUT SAJA KITA TERUSKN PEMBINAAN JEMBATAN ITU - NAK KAJI APA LAGI? SELAMA INI KITA SUDAH BANYAK BERLEMBUTKAN?...TERUSKAN WAHAI PERDANA MENTERIKU....

Jumaat, 19 November 2010

BUDAK AIDS DAKWA ANAK GITARIS MAY---petikan dari Harian Metro

Jumaat, 19 November 2010

Budak Aids dakwa anak gitaris May

Oleh Mohd Husni Mohd Noor




SEIRAS...Yus (kiri) dalam poster kumpulan May. TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.

                                                       --------------------------------------------
Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Wanita itu mendakwa, arwah adiknya tidak pernah mendedahkan penyakit dialami dan dia hanya mengetahui punca kematian itu selepas dimaklumkan pihak hospital.

“Adik saya tidak pernah berterus-terang dan memberitahu menghidap Aids sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Mungkin dia malu atau mahu menjaga nama baik keluarga.

“Kini, saya perlu membawa anak saudara saya (S) ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan mengambil ubat bagi merawat penyakitnya,” katanya.

Katanya, biarpun mengalami demam dan batuk yang berterusan, S aktif dan lincah seperti kanak-kanak lain seusianya, malah memasang impian menjadi doktor haiwan apabila besar.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengetahui penyakit S dan mereka sudah maklum mengenai langkah yang perlu dilakukan sepanjang anak saudaranya itu berada di sekolah termasuk ketika makan dan menyertai aktiviti sukan.

Ketika ditemubual, S tidak putus-putus menahan batuk dan setiap kali batuk dia akan menutup mulutnya dengan tangan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Jumaat, 12 November 2010

DIGANTUNG 189 TAHUN

Digantung 189 tahun





RANGKA Horwood yang digantung dalam kabinet. LONDON: Seorang wanita yang menyelidiki salasilah keturunannya terkejut apabila mendapati dia mempunyai pertalian dengan seorang pembunuh yang masih tergantung.

Mary Halliwell begitu marah apabila mendapati rangka anggota keluarganya itu masih digantung dalam kabinet untuk pameran di Universiti Bristol sejak 189 tahun lalu.

Selepas berusaha, dia akhirnya memperoleh hak untuk menjadi pemilik sah rangka itu dan berikrar untuk mengebumikan rangka remaja yang dihukum gantung pada 1821 kerana membunuh kekasihnya, dengan sempurna.

Mary, 67, berkata: “Baru saya rasa tenang.”

Remaja itu, John Horwood adalah anak lelaki kepada abang keluarga moyang Mary.

Horwood dihukum gantung selepas melontar kekasihnya Eliza Balsom dengan batu apabila mendapat tahu kekasihnya itu mempunyai teman lelaki baru.

Eliza mati akibat kecederaan di kepala selepas dirawat pakar bedah.

Horwood yang bekerja sebagai pelombong digantung di New Bristol Gaol tiga hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke 18.

Dr Richard Smith, pakar yang merawat Eliza enggan menyerahkan mayat Horwood kepada keluarganya.

Dia sebaliknya menyiat daging Horwood dari rangkanya secara terbuka sambil melakukan pembedahan pada mayatnya di depan 80 pelatih di bilik mayat Hospital Diraja Bristol.

Doktor itu seterusnya menyimpan rangka Horwood di rumahnya dan turut menggunakan kulit Horwood untuk menjilid buku mengenai kes remaja itu selepas mengawetnya.

Mary dari Leigh, Lancester yang mengesan mayat itu di Universiti Bristol berkata: “Saya kesal apabila mendapat tahu seorang manusia boleh melakukan perbuatan tidak bertamadun terhadap manusia lain.” - Agensi

Ahad, 7 November 2010

DAH KALAH TERIMA SAJALAH....

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat semacam tidak puas hati sahaja kekalahan calon PAS di DUN Galas, Gua Musang. Kenapa begitu. Terpulanglah kepada pengundu untuk menentukan calon  yang mereka kehendakki. 

Orang2 UMNO steady saja, dah berapa kali kalah tapi tak buat tuduhan macam orang kurang akal. Tapi kalau pembakang kalah, siap, macam2lah mereka tuduh SPR, Kerajaan, :Polis dan macam-macam. Bila menang bersorak macam orang mabuk tody.

Sportinglah tuan guru....saya ingatlah ketika Nizar menang di Perak hari itu... alhamdulillah dunia ini Allah SWT yang cipta.Selamat kita semua.

DiTrangganu dulu macam itu jugak....Calon Pas yang menang itu bersorak sungguh dalam Parlimen. Dia kata, pilihanraya dimana-mana sekalipun...Pembakang akan menang....kerusi itu kerusi UMNO pula...UMNO jadi bingung dibuatnya. Tapi UMNO terima hakikat kekalahan itu. 

Kali ini PAS dan keadilan kalah....Keadilan sepi...PAS pula melompat kalah.

Malu aku  ......

Sabtu, 6 November 2010

CERPEN TERBAHARU - WANA -

CERPEN TERBAHARUKU BERTAJUK "WANA" YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN WARTA PERDANA AHAD 14. 11.2010....Bil 1094.

Jumaat, 5 November 2010

ALHAMDULILLAH - 2 - 0 BN MENANG DI BATU SAPI DAN RAMPAS GALAS.

(Muka hadapan akhbar Utusan Melaysia hari ini)

(Abdul Aziz Yusoff - YB baru Galas)
(Datin Linda Tsen Thau Lin -  YB baru Parlimen Batu Sapi)
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi hari ini sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan.

"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam ini.

Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata, beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."

"Saya beri jaminan janji-janji BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar dan memenangi semula kerusi Galas daripada Pas.

Najib yang juga Pengerusi BN berharap kemenangan itu satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna.

"Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir. "Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi," katanya.

Beliau berkata, dengan membuat perubahan secara berterusan, BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan begitu kukuh dan padu.

Najib turut berterima kasih kepada jentera BN yang dipimpin timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka telah bekerja dengan penuh semangat dan menunjukkan komitmen yang begitu kental sehingga mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang kerana menjadi pengarah jentera pilihan raya BN di Galas selain Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mengetuai jentera pilihan raya BN di Batu Sapi.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing turut bertungkus-lumus membantu di Galas dan Batu Sapi.

"Semua telah menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi untuk mencapai kejayaan walau menghadapi saingan begitu sengit sekali," katanya.

OSMAN DOL KOMEN:
 
Barisan Nasional tetap relevan. Harap2 BN terus kekal menjadi pemerintah. BN tetap mengutamakan hak orang Melayu dan memberi keistimewaan kepada bukan Melayu. BN mempunyai pemimpin2 yang berkebolehan, besih, warak dan tidak zalim. Akhlak pemimpin2 BN terutamanya UMNO amat baik cuma ada sedikit2 saja calarnya. Saya tidak mahu membandingkan UMNO dengan parti2 lain - yg jelas UMNO adalah parti yg terbaik setakat ini. Alhamdulillah....BN menang.