MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 26 Ogos 2010

SEMOGA HUBUNGAN KL - JAKARTA......BAIK.

                                      Penunjuk perasaan tidak bertamadun  -
                                      UM 26.8.2010

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kumpulan penunjuk perasaan Indonesia yang memijak Jalur Gemilang dan membaling najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin disifatkan seperti hidup di zaman yang tidak bertamadun.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairuddin Harahap kesal kerana kumpulan penunjuk perasaan itu sebenarnya masih boleh melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara yang lebih sopan.

''Sayang sekali apabila mereka ini memilih tindakan yang tidak matang sehingga menjatuhkan maruah bangsa Indonesia sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu kerana memprotes penahanan anggota penguat kuasa negara berkenaan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Khairuddin berkata, banyak cara yang lebih sopan boleh digunakan oleh anggota pertubuhan itu supaya tidak mengundang sebarang kontroversi.

Katanya, ini jelas menunjukkan penunjuk perasaan bukan daripada kalangan golongan intelektual.

''Kumpulan itu boleh menyampaikan mesej tidak puas hati dalam bentuk memorandum untuk diserahkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan bukan dengan cara memijak bendera yang disifatkan begitu sensitif kerana Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53,'' katanya.

Beliau berkata, sikap kumpulan penunjuk perasaan itu memalukan rakyat Indonesia seolah-olah mereka tidak mempunyai jati diri.

Tambahnya, tindakan kumpulan itu tidak disenangi oleh rakyat Indonesia sendiri termasuk yang tinggal di Malaysia kerana cuba merosak hubungan baik kedua-dua negara selama ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan