MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 4 September 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM....(13)

Semasa kanak-kanak dulu aku dan beberapa orang rakan sekampung memang rajin sembahyang tarawih di masjid. Memang ada perkara-perkara yang mencuit hati ketika bersembahyang itu. Antaranya yang masih kuingat sehingga sekarang ialah gelagat seorang lelaki yang telah berusia lebih dari 60 tahun (seperti umurku sekarang ini)yang terpijak kainnya sendiri ketika hendak bangun untuk rakaat kedua sembahyang tarawih.
Aku dan berapa orang rakan sembahyang di belakang lelaki ini. Mungkin kain yang dipakainya itu diikat tidak kemas dan kalau dia terus bangun sedangkan kakinya telah terpijak kaki kain itu tentu sahaja kainnya akan terburai. Sehingga habis rakaan kedua lelaki itu terpaksa membongkokkan badannya. Aku dan rakan-rakan tidak dapat menahan geli. Kami ketawa terbahak-bahak di belakang.
Umur kami waktu itu disekitar 10 ke 11 tahun. Sembahyang pun tidak betul lagi. Sekarang baharu saya insaf diri ini pun sudah tua. Mungkin ada anak-anak yang ketawakan aku pula.....
(Gambar: Hanya untuk hiasan - Najib sedang sembahyang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan