Isnin, 28 September 2009
PELIK TETAPI BENAR
Ahad, 27 September 2009
TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....(14)

DULU lain sekarang lain. Zaman aku kanak-kanak dahulu ditahun-tahun 50an hidupku tidaklah semacam kanak-kanak zaman sekarang. Kanak-kanak sekarang setiapkali Ramadhan mewah dengan duit raya. Setiap rumah yang mereka kunjungi sama ada bersedirian atau mengikut ibu bapa pasti ada duit raya. Ada ketikanya mereka boleh mengumpul hingga berjumlah ratusan ringgit. Tetapi tidak dizaman aku dulu. Paling banyak aku dapat duit ialah 50 sen. Orang yang bagi duit itu tentunya dari ayahku dan saudara mara yang rapat. Bila dapat duit itu aku boleh naik bas dari kampungku ke Lapangan Terbang Batu Berendam untuk melihat kapal terbang. Kadang-kadang aku pergi tidak ada kapal terbang pun, dapat naik bas saja. Kalau tidak ada kapal terbang aku atau rakan-rakan balik saja dengan bas juga. Kalau ada duit lebih bolehlah minum air batu atau makan mi goreng. Kalau tidak ada duit telan air liur sahaja. Tambang bas cuma 10 sen pergi dan 10 sen balik. Sampai di rumah aku rasa begitu hebat sekali....
Jumaat, 25 September 2009
BETULKAH WANITA INI PALING TUA DI DUNIA
INI tanda kebesaran Allah SWT. Tidak mustahil bagi Allah SWT untuk memanjangkan umur sesiapa pun. Semua itu dengan izinnya. Wanita ini mendakwa umurnya 153 tahun. Boleh jadi betul dakwaannya itu kalau dilihat pada kulit mukanya yang sudah berkedut-kedut itu. Tetapi mengikut amalannya dia suka minum arak dan hisap rokok untuk memanjangkan umur. Ini tidak lojik bagi umat Islam. Arak dan rokok sebenar membunuh jiwa seseorang bukan menyelamatkannya. Bagi orang Islam bahawa umur yang panjang itu mestilah dipenuhi dengan iman, barulah selamat dunia dan akhirat. Insya-Allah. Klik 2 kali untuk membaca tulisan dikaki gambar itu.
Khamis, 24 September 2009
WANITA TERTINGGI DI DUNIA
Rabu, 23 September 2009
MANUSIA TERTINGGI DAN TERENDAH DUNIA
Ahad, 20 September 2009
Jumaat, 18 September 2009
ORANG PALING TINGGI DI DUNIA
SELAMAT HARI RAYA AIDUL-FITRI
PELIK - DUA BADAN SATU KEPALA
AKHIRNYA NORDIN MAT TOP TEWAS

Khamis, 17 September 2009
RASUL MELAYU ADA JUGA PENGIKUTNYA.

(GAMBAR. KAHAR YANG MEMAKAI BAJU KUNING).
Rabu, 16 September 2009
NENEK SAFIAH TERTUA DI DUNIA?
Bila ada kelapangan aku memang suka membelek-belek akhbar atau majalah lama yang tersimpan dalam bilik setor buku aku. Tiba-tiba aku terbaca sebuah akhbar MINGGUAN MALAYSIA terbitan 25 Disember 2005 yang menyiarkan berita tentang nenek Sufiah Yusof yang dikatakan manusia paling tua di dunia kerana telah pun berumur 130 tahun.
Nenek Safiah dari Kampung Butut, Kuala Berang, Kuala Terengganu yang tinggal bersama cucunya Abd. Ghani Ngah, 63, dikatakan telah dilahirkan pada tahun 1875, sedangkan di dalam kad pengenalan mencatatkan nenek Safiah dilahirkan pada 9 September 1908.
Sebenarnya amat rumit untuk mengesahkan apa yang didakwa oleh Nenek Sufiah atau keluarganya tetang tarikh kelahirannya itu. Tidak dapat dinafikan ketika kad pengenalan ini mula diperkenalkan, tarikh lahir seseorang ditulis secara agak-agak sahaja. Malah beberapa kes telah terjadi, adik lebih tua dari abang. Mungkin pada awal abad 20 tidak ada pejabat pendaftaran, kerana itu setiap anak yang baru dilahirkan tidak ada sebarang catatan dibuat.
Apa yang pernah saya dengar bila ada anak yang dilahirkan sibapa akan menanam sebatang pokok kelapa bagi menandakan umur kanak-kanak yang baru dilahirkan itu.
Jadi, berhubung kes nenek Sufiah ini memang terlalu rumit untuk mengesahkannya.
Selasa, 15 September 2009
KALUNGKAN SELIPAR PADA GAMBAR TUN DR. MAHATHIR

Banyak orang marah bila seorang perwakilan MIC dalam mesyuarat agong ke 63 parti itu mencadangkan supaya mengkalungkan selipar pada gambar mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Puncanya adalah dari kenyataan mantan perdana menteri itu yang mencadangkan agar Datuk Seri S. Samy Vellu Presiden MIC melatakkan jawatan. Saya berpendapat apa yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir itu adalah jujur dan ikhlas. Itu hanya suatu pendapat sahaja. Tidak lebih dari itu.
Samy Vellu melenting marah mungkin dia berpendapat calon yang disokongnya untuk jawatan timbalan presiden akan kalah. Dia meanggap Dr. Mahathir masih berpengaruh. Kenyataan menunjukkan kata-kata Dr. Mahathir tidak memberi kesan kepada perwakilan. Calon timbalan presiden dimenangi oleh calon yang ditunjukkan oleh presidennya. Justeru itu seorang perwakilan naik angin lalu mengeluarkan kenyataan menyentuh hati dan perasaan banyak orang. Perwakilan itu dianggap BIADAP dan KURANG AJAR oleh banyak orang.
Begitulah kalau kita sudah tidak ada kuasa lagi. Kalau dulu Datuk Seri S. Samy Vellu pun cium tangan Dr. Mahathir, bila tidak ada kuasa dihina pula mantan perdana menteri itu.
Bush, mantan Presiden Amerika Syarikat kena baling dengan kasut semasa masih berkuasa. Itu betullah. Bush itu zalim. Dia kena baling pun di Iraq, bumi yang dicerobohinya. Memang patut.
Tetapi Dr. Mahathir orang yang berjasa pada negaranya sendiri.
Samy Vellu mesti minta maaf segera.
Samy Vellu melenting marah mungkin dia berpendapat calon yang disokongnya untuk jawatan timbalan presiden akan kalah. Dia meanggap Dr. Mahathir masih berpengaruh. Kenyataan menunjukkan kata-kata Dr. Mahathir tidak memberi kesan kepada perwakilan. Calon timbalan presiden dimenangi oleh calon yang ditunjukkan oleh presidennya. Justeru itu seorang perwakilan naik angin lalu mengeluarkan kenyataan menyentuh hati dan perasaan banyak orang. Perwakilan itu dianggap BIADAP dan KURANG AJAR oleh banyak orang.
Begitulah kalau kita sudah tidak ada kuasa lagi. Kalau dulu Datuk Seri S. Samy Vellu pun cium tangan Dr. Mahathir, bila tidak ada kuasa dihina pula mantan perdana menteri itu.
Bush, mantan Presiden Amerika Syarikat kena baling dengan kasut semasa masih berkuasa. Itu betullah. Bush itu zalim. Dia kena baling pun di Iraq, bumi yang dicerobohinya. Memang patut.
Tetapi Dr. Mahathir orang yang berjasa pada negaranya sendiri.
Samy Vellu mesti minta maaf segera.
Ahad, 13 September 2009
IKTIBAR - HENDAK MENUNAIKAN FARDHU HAJI TETAPI TIDAK MAHU BELAJAR.
Kejadian berlaku pada tahun 1995 ketika aku menunaikan haji bersama isteri. Seorang jemaah kenalanku enggan belajar ilmu untuk menunaikan fardhu haji itu. Setiapkali aku belajar di Masjid aku tidak pernah nampak dia, cuma isterinya sahaja yang ada. Kebetulan aku dan dia memang hendak menunaikan haji pada tahun yang sama.
Bila bertemu dengannya, aku bertanya dia kenapa dia tidak datang belajar. "Aku dengan ustaz itu sama guru...." katanya padaku. Apa aku nak kata. Sebetulnya sahabat saya inipun memang orang yang celek agama. Dia seorang yang mempunyai pendidikan agama yang agak tinggi. Seperti dirancang aku dan sahabat aku ini mendapat tarikh yang sama berangkat ke Tanah Suci.
Kami menginap di asrama yang sama ketika di Madinah al Munawarah mahu pun di Mekah al Mukaramah. Malah kami sama-sama buat Tawaf, Saie dan ketika di Arfah dan di Mina pun kami bersama.
Sebenarnya aku amat menghormatinya kerana dia orang yang dianggap berilmu. Tetapi dengan tidak disangka-sangka sahabat saya ini menjadi seperti orang bodoh sama ada ketika di Madinah mahu pun di Mekah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya selepas tawaf dan ada ketikanya dia mengatakan dirinya tidak bersih selepas mengerjakan tawaf.
Semasa di Mina pula dia sering sesat bersama isterinya. Hari kedua di Mina hampir sahaja aku hendak mengadukan kepada pihak tabung haji kerana sahabat saya ini keluar rumah untuk melontar dan tidak balik sehingga lewat malam.
Ketika di Madinah sahabat saya ini sibuk hendak bertemu dengan wali-wali Allah. Pening juga saya memikirkan tentang gelagatnya itu.
Saya suka menasihatkan saudara-saudara - belajarlah dahulu sebelum pergi ke Tanah Suci sama ada untuk membuat Haji mahu pun Umrah walaupun kita seorang ustaz atau ustazah.
IKTIBAR - KERANA TEGURKAN JEMAAH YANG BERTENGKAR SUAMI ISTERI.
(GAMBAR: PADANG ARFAH 20 KE 30 TAHUN YANG LALU. TIDAK SEPOHON POKOK PUN YANG TUMBUH DISITU)
Maaf. Saya tidak bertujuan untuk mengata sesiapa. Apa yang saya tulis adalah untuk dijadikan iktibar kepada orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan haji atau umrah. Kisah yang saya paparkan ini tidak menyebut nama sebenar mereka yang terlibat walaupun ini kisah benar yang berlaku.
Kisah ini berlaku ketika saya menunaikan haji bersama isteri pada tahun 1995. Ketika di Madinah al Munawarah ada sepasang suami isteri yang telah saya lupa nama mereka sentiasa sahaja bergaduh. Isterinya suka membantah apa yang dikatakan oleh si suami dan si suami pula bila marah suka meninggikan suaranya. Kadang-kadang memang bosan mendengarnya.
Seorang sahabat saya, Abu namanya, terlalu tidak senang dengan gelagak suami isteri yang kaki bertengkar itu. Dia melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada saya. Tapi saya nasihatkan dia supaya banyak-banyak bersabar dan sentiasa mengingati Allah SWT. Nampaknya dia menerima nasihat saya itu.
Tetapi bila kami berada di Mekah al Mukaramah dengan tidak disangka-sangka si Abu pula sering bergaduh dengan isterinya sehingga dia sering bersedirian kerana merajuk. Saya menasihatinya supaya bersabar dan ingatlah bahawa kita berada di Tanah Suci waktu ini.
Makan masa lama juga Abu hendak baik semula dengan isterinya. Alhamdulillah, akhirnya Abu kembali normal. Dan yang peliknya, suami isteri yang selalu bergaduh ketika di Madinah itu, tidak bergaduh pula ketika di Mekah. Inilah tanda-tanda Kebesaran Allah SWT, Wallahualam.
Jumaat, 11 September 2009
KISAH MARIAM 88 TAHUN YANG MENINGGAL DI KOREA SELATAN.

Mariam telah meninggal dunia pada Sabtu 5hb. Sept. 2009 yang lalu. Paling mendukacitakan bila beliau berwasiat agar dikebumikan secara keristian. Semua ini terjadi gara-gara cinta sesama manusia. Penasihat Majlis Agama Johor, Datuk Nooh Gadut, mengharapkan apa yang belaku keatas Mariam itu patut dijadikan iktibar kepada generasi muda sekarang ini. Janganlah bunuh agama dan keluarga kita kerana cinta sesama manusia. Sebenarnya telah banyak berlaku orang kita yang cintakan rakyat asing. Setelah berkahwin macam-macam masalah berlaku. Ingatkah kita kisah Raja Baharin di Terangganu, kisah ibu muda yang teringatkan anak nya di Indonesia, kisah seorang ibu yang menderita kerana anaknya dilarikan oleh bekas suaminya rakyat Poland. Beberapa tahun lalu seorang pelukis kartun yang terkenal terpaksa berkelana di barat kerana mencari anaknya yang dilarikan oleh bekas isterinya seorang wanita mat saleh. Kita fikir-fikirkanlah....
SAJAK TERBARU
Alhamdulillah, ada juga akhbar yang mahu menyiarkan sajak-sajakku. Aku tidak mengharapkan apa-apa bayaran. Disiarkan sahaja pun sudah cukup. Setidak-tidaknya pun usahaku dihargai.
Sajak bertajuk MASIH BERSAJAK itu kutujukan kepada seorang sahabatku Wan Jaafar Wan Ahmad di Kelantan. Kami sama-sama menubuhkan Sudut Penulis Pasir Puteh hampir empat puluh tahun yang lalu. Sahabat-sahabatku Abdullah Tahir dan Daud Yusoff yang sama-sama terlibat dalam penubuhan sudut penulis itu telah meninggal dunia. Adakah sudut penulis itu masih aktif atau tidak, tidak ada khabar berita yang aku dengar. Aku bertugas di Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan antara tahun 1967-1970. Waktu itulah sudut penulis itu ditubuhkan.
(Gambar: Maaruf Salleh menulis tentang aku dan penulis-penulis drama radio di Kelantan. Antaranya ialah Nor Hisham Mustapha dan A.R. Tahir. Tulisan ini tersiar ketika aku di Cherang Ruku.)
Jumaat, 4 September 2009
TERKENANG-KENANG MASA SILAM....(13)

Aku dan berapa orang rakan sembahyang di belakang lelaki ini. Mungkin kain yang dipakainya itu diikat tidak kemas dan kalau dia terus bangun sedangkan kakinya telah terpijak kaki kain itu tentu sahaja kainnya akan terburai. Sehingga habis rakaan kedua lelaki itu terpaksa membongkokkan badannya. Aku dan rakan-rakan tidak dapat menahan geli. Kami ketawa terbahak-bahak di belakang.
Umur kami waktu itu disekitar 10 ke 11 tahun. Sembahyang pun tidak betul lagi. Sekarang baharu saya insaf diri ini pun sudah tua. Mungkin ada anak-anak yang ketawakan aku pula.....
(Gambar: Hanya untuk hiasan - Najib sedang sembahyang)Rabu, 2 September 2009
SPIDERMAN DIDENDA RM 2000.00

Alain Robert atau SPIDERMAN berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat tanpa menggunakan alat keselamatan. Bagi saya beliau sepatutnya dijulang sebagai wira kerana keberanian dan kecekapannya memanjat sehingga ke puncak menara petronas itu, tetapi kerana perbuatnya itu tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa maka dia telah dianggap menceroboh ke kawasan itu. Namun begitu Spiderman tetap berbangga dengan kejayaannya itu."Saya suka Malaysia. Terima Kasih Malaysia....." itulah ungkapan yang dikeluarkan kepada pemberita apabila ditanya
TANIAH Spiderman. Awak memang hebat. (Berita Harian dan Berita terkini 2.9.09)
Selasa, 1 September 2009
NOVEL "WARKAH CENDERA".
Langgan:
Catatan (Atom)